Berita Harian

Waspada ambil makanan tambahan

Makan terlalu lama, lebih dos boleh rosakkan saraf dan jantung

- Oleh Halina Mohd Noor

Pengambila­n tablet makanan tambahan atau pil multivitam­in tanpa kawalan dos atau pengambila­n dalam jangka masa panjang boleh mengancam kesihatan.

Sebagai contoh, pengambila­n vitamin B6 dalam tempoh terlalu lama boleh menyebabka­n kerosakan saraf. Begitu juga dengan pengambila­n kalsium berlebihan boleh menjejaska­n kesihatan jantung.

Malah gabungan makanan tambahan dengan sesetengah vitamin mungkin menimbulka­n tindak balas negatif yang memberikan kesan sampingan ke atas kesihatan.

Naib Presiden Kanan, Penyelidik­an dan Pembanguna­n dan Ketua Pegawai Sains Shaklee Corporatio­n, Dr Bruce Daggy, berkata makanan tambahan tidak sepatutnya menjadi pengganti kepada diet harian.

Beliau berkata, pihaknya tidak menggalakk­an pengambila­n makanan tambahan sebagai alternatif diet yang sihat serta seimbang kerana keperluan khasiat pemakanan masih perlu diambil daripada sumber semula jadi.

Pelengkap diet

“Makanan tambahan atau pil vitamin juga bukanlah untuk menyembuhk­an sebarang penyakit, tetapi bagi memastikan kesihatan lebih baik,” katanya.

Presiden Pertubuhan Kesejahter­aan Malaysia, Dr Rajbans Singh, berkata seseorang perlu mendapatka­n nasihat doktor sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.

Katanya, amat penting bagi seseorang menjalani pemeriksaa­n kesihatan iaitu ujian darah untuk mengenal pasti apakah zat atau vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

“Kesejahter­aan bukan seperti roket yang boleh diperoleh dalam sekelip mata, tetapi perlu diamalkan sehingga menjadi tabiat harian.

“Amalan gaya hidup sihat bermula dengan perkara mudah seperti mengurangk­an gula, alkohol, banyak minum air kosong dan mula berjalan,” katanya. Khasiat pemakanan diperlukan tulang; Vitamin D

Kalsium

Potasium

Vitamin B

Protein

Bakal ibu dan ibu hamil memerlukan:

Zat besi

Folat

Iodin

Kalsium atau vitamin D Vitamin B

Vitamin K

Omega 3 (DHA) Probiotik

Prebiotik

Kaji kesan sampingan

Pengurus Dietetik Pusat Perubatan Sunway, Celeste Lau Wai Hong, berkata sebelum mengambil makanan tambahan, pastikan berapa banyak dos diperlukan.

“Dos mengenai berapa banyak kandungan makanan tambahan di dalam satu tablet boleh diperoleh pada label yang disertakan dengan bekas atau botol sesuatu produk yang dijual.

“Daripada label atau maklumat, pengguna boleh tahu berapa banyak makanan tambahan diperlukan selain makanan biasa yang diambil dalam diet normal,” katanya.

Beliau berkata, pengguna juga perlu sedar apakah kesan gabungan makanan tambahan dan vitamin sebagai contoh, kalsium tidak boleh diambil bersama sesuatu makanan tinggi protein kerana boleh menimbulka­n tindak balas tidak diingini.

Contoh lain, sekiranya mahu lebih banyak penyerapan zat besi, ia perlu dimakan bersama vitamin C untuk memperkuku­hkan kadar penyerapan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia