Berita Harian

22 wanita Xian gigih ikuti bimbingan

-

Sambil menyelam minum air, itulah yang dilalui seramai 22 wanita Islam dari Xian, China, yang datang ke Malaysia sebagai pelancong dan pada masa sama berpeluang mengikuti kelas bimbingan agama oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Selama dua minggu berada di negara ini untuk melawat tempat menarik, kumpulan pelancong berkenaan berpeluang mengikuti kuliah teori fardu ain dan praktikal solat anjuran PERKIM selama enam hari.

Selain itu, kumpulan yang diketuai guru agama, Aisyah An Fu Xian, 71, dibawa melawat beberapa masjid termasuk Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) serta Masjid Cina di Melaka dan Seremban.

Aisyah yang ditemui pada majlis penyerahan Sijil Kursus Bimbingan Agama Islam Wanita Xian, China, di ibu pejabat PERKIM baru-baru ini berkata, pihaknya amat bersyukur diberi peluang menimba ilmu di Malaysia.

Katanya, walaupun Xian mempunyai penduduk Islam yang agak ramai berbanding di tempat lain, tetapi pendidikan agama Islam agak terhad. Justeru, ibu kepada tiga anak dan enam cucu itu mengambil inisiatif membuka kelas fardu ain untuk golongan wanita khususnya suri rumah.

Kelas yang diadakan di rumahnya dan ada kala diadakan di rumah anak muridnya menumpukan kepada perkara asas pendidikan Islam dan hadis.

“Pengisian ilmu yang dipelajari selama enam hari kami di sini diharap dapat dimanfaatk­an kepada wanita Islam di tempat saya kelak. Walaupun tempohnya singkat, kita berharap dapat kembali semula mendalami ilmu agama di sini,” katanya yang sudah dua kali berkunjung negara ini.

Dahaga ilmu agama

Bekas pekerja restoran, Maryam Ma Feng Ling, 55, turut melahirkan kekaguman terhadap sistem pendidikan di Malaysia yang menyediaka­n pendidikan agama secara formal di sekolah kepada kanak-kanak seawal usia tujuh tahun.

Beliau berkata, walaupun masyarakat Islam di Xian tidak mempunyai masalah untuk mengamalka­n ajaran Islam termasuk kebebasan berpakaian menutup aurat dan beribadat, namun mereka tidak mempunyai sistem pendidikan agama yang formal seperti di Malaysia.

Mereka terpaksa menghantar anak ke kelas pengajian Islam hanya ketika cuti sekolah di masjid atau di rumah guru agama.

“Sumber yang agak terhad menyebabka­n pendedahan terhadap Islam kurang. Saya amat seronok melihat keadaan yang berbeza di Malaysia kerana banyak sekolah agama dan kanak-kanak dari kecil mudah mendapat pendidikan agama,” katanya.

Kekalkan identiti

Mengakui keadaan masyarakat Xian yang dahagakan ilmu agama, suri rumah, Maria

He Yue Fang, 65, tidak melepaskan peluang untuk mengikuti mana-mana kelas pengajian agama yang diadakan di rumah rakannya.

Menurutnya, perkumpula­n wanita Islam Xian juga ada menjalanka­n aktiviti dakwah kepada wanita bukan Islam dan hasil usaha itu ramai juga yang menerima hidayah Allah SWT kembali kepada agama fitrah.

Bagaimanap­un, mengikut peraturan di China, mereka tidak boleh menukar nama dan identiti, manakala ibu bapa yang memeluk Islam, status agama anak kekal dan tidak boleh ditukar ke-

Dr Mohd Yusof Noor, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM

pada Islam.

“Kami juga hidup berjiran dengan masyarakat bukan Islam dan tiada timbul sebarang masalah termasuk diskrimina­si agama. Kami dapat hidup dalam suasana harmoni kerana saling hormat menghormat­i,” katanya.

Pakej 2 dalam 1

Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Tan Sri Mohd Yusof Noor yang ditemui pada majlis itu berkata, program yang dianjurkan itu diharap dapat menjadi model untuk membangunk­an pakej pelanconga­n Islam yang mempunyai nilai tambah.

Katanya, melalui pakej disediakan itu nanti, selain dapat melihat destinasi menarik, pelancong yang datang turut berpeluang mengikuti program mendalami ilmu agama serta melihat perkembang­an Islam di negara ini.

“Bagi pelancong dari China ini, Malaysia mempunyai hubungan baik yang sudah terjalin sejak sekian lama. Di tempat saya sendiri (Terengganu), pendakwah China yang membawa Islam ke sana.

“Dalam Islam, tiada perbezaan antara bangsa dan negara kerana amalan ibadatnya sama. Persaudara­an inilah yang menyatukan umat Islam sedunia,” katanya.

Dalam Islam, tiada perbezaan antara bangsa dan negara kerana amalan ibadatnya sama. Persaudara­an inilah yang menyatukan umat Islam sedunia”

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Mohd Yusof beramah mesra dengan sebahagian 22 wanita Islam Xian, China pada majlis Penyampaia­n Sijil Kursus Bimbingan Agama Islam kepada mereka di PERKIM, baru-baru ini.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Mohd Yusof beramah mesra dengan sebahagian 22 wanita Islam Xian, China pada majlis Penyampaia­n Sijil Kursus Bimbingan Agama Islam kepada mereka di PERKIM, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia