Berita Harian

Lensa raja rakam detik darurat

Suasana ibu kota selepas perintah berkurung 13 Mei 1969

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my Kuala Lumpur

Imej dirakam Sultan Terengganu yang juga Yang di-pertuan Agong Keempat, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang memaparkan suasana sekitar Jalan Raja Chulan, menjadi cebisan sejarah penting negara berikutan ketegangan kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969.

Ironinya, imej persimpang­an jalan di hadapan bangunan lama Weld Supermarke­t itu menjadi nilai sejarah penting ketika ia dirakam ‘di luar’ suasana sinonimnya, iaitu ketika berdepan kesunyian luar biasa akibat perintah berkurung selepas tercetusny­a peristiwa yang mengorbank­an banyak nyawa hampir lima dekad lalu.

Menurut Raja Mohd Zainol Ihsan Shah, iaitu antara cucunda yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan Almarhum Sultan Ismail, gambar suasana luar biasa sunyi di sekitar ibu kota itu dirakamkan sehari selepas 13 Mei 1969.

Beliau yang berumur sembilan tahun ketika kejadian itu berkata, ketika rusuhan tercetus pada 13 Mei, mereka sekeluarga masih berada di Kuala Terengganu dan hanya tiba di ibu kota pada sebelah petangnya.

Dokumentas­i imej

“Menurut pembantu istana yang rapat dengan Almarhum Sultan Ismail, keesokanny­a baginda keluar dan mendokumen­tasikan imej ibu kota. Ia senyap sunyi tanpa kelibat manusia dan menampilka­n suasana sangat berbeza dengan kekecohan yang tercetus sehari sebelumnya.

“Saya pasti tidak mungkin ada yang menggalakk­an Almarhum Sultan Ismail untuk berbuat demikian, terutama dengan perintah berkurung

yang dikenakan pada masa itu tetapi beliau tetap membuat keputusan mengambil gambar itu,” katanya dalam pertemuan bersama dengan Sastera & Budaya di Muzium Kesenian Islam, di sini.

Gambar yang ditandai Almarhum Sultan Ismail sebagai Kuala Lumpur Masa Berkabung itu, adalah antara 59 gambar yang dipamerkan melalui pameran fotografi, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Unveiling the Un

seen (1937-1971) di Muzium Kesenian sehingga 31 Mac ini.

Kurator, Izuan Fadzli Mohammad, berkata Sultan Terengganu ke-15 itu bukan nama asing dalam dunia fotografi malah turut memenangi anugerah berprestij Excellence Federation Internatio­nale de l’art Photograph­ique (EFIAP) pada 1965.

Beliau berkata, sebagai Bapa Fotografi Moden Malaysia, Almarhum Sultan Ismail banyak merakam gambar yang memiliki nilai sejarah penting buat Malaysia bermula fasa sebelum merdeka sehingga selepasnya.

Turut dipamerkan ialah imej diambil dalam kunjungan rasminya ke luar negara, termasuk ketika bergelar Yang di-pertuan Agong keempat antara 1965 hingga 1970.

“Untuk pameran ini, kami bawakan imej rakaman Almarhum Sultan Ismail yang pastinya akan membawa masyarakat menyelami lipatan sejarah negara ini sejak era sebelum merdeka lagi.

Kenang sejarah penting

“Antara imej terpenting Almarhum Sultan Ismail tentulah mengenai peristiwa 13 Mei 1969 dan impaknya ia berupaya membawa masyarakat hari ini untuk kembali mengenangi semula peristiwa hitam itu sebagai teladan.

“Pada masa sama, ia juga membawa komuniti fotografi untuk mengenali individu penting di sebalik pembanguna­n pesat fotografi di negara ini terutamany­a sebelum zaman kemerdekaa­n lagi,” katanya.

Menurut Izuan Fadzli, imej dipaparkan juga akan menonjolka­n kebijaksan­aan Almarhum yang bukan sahaja cemerlang dalam fotografi konvension­al, malah antara yang terawal di negara ini memahiri teknik seni zokingake, iaitu mewarna gambar hitam putih ini.

“Almarhum juga cemerlang dengan kemahiran cetakan yang mengkhusus kepada proses cetakan gelatin perak dan cetakan ton sepia,” katanya.

 ??  ?? Raja Mohd Zainol Ihsan Shah
Raja Mohd Zainol Ihsan Shah
 ??  ?? Antara peralatan fotografi milik Almarhum Sultan Ismail yang dipemerkan di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.
Antara peralatan fotografi milik Almarhum Sultan Ismail yang dipemerkan di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Imej persimpang­an jalan di hadapan bangunan lama Weld Supermarke­t.
Imej persimpang­an jalan di hadapan bangunan lama Weld Supermarke­t.
 ??  ?? Antara koleksi gambar yang dirakam Almarhum Sultan Ismail.
Antara koleksi gambar yang dirakam Almarhum Sultan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia