Berita Harian

Usah layan rayuan perokok

-

Sebarang rayuan perokok supaya kerajaan menimbang semula larangan merokok di taman awam tidak perlu dilayan malah pihak berkuasa harus mempergiat­kan lagi usaha membasmi budaya merokok dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Seperti sedia maklum, bermula 1 Jun 2017, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap perokok di taman awam selaras dengan pewartaan taman awam sebagai kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11(w) dan 11(x) Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan Peraturan 2017).

Selepas tarikh penguatkua­saan peraturan baharu berkenaan, kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan dan penalti RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun juga boleh dikenakan jika disabit bersalah. Dianggarka­n ada 1,280 taman awam di seluruh negara dan penguatkua­saannya dikatakan akan diperluas dari semasa ke semasa.

Bagi membantera­s budaya merokok, kerajaan juga perlu memantau aktiviti berkaitan rokok seperti penggunaan shisha, rokok elektronik atau vape dan sebagainya.

Selain aspek pengukuhan undang-undang serta demi menjaga tahap kesihatan rakyat negara ini adalah penting bahan atau barangan yang boleh undang ketagihan serta membawa kepada masalah berpanjang­an kesihatan kepada rakyat diberi peningkata­n cukai berterusan bagi memberi tekanan psikologi serta beban kewangan terhadap mereka yang ketagih dengan bahan berbahaya terhadap kesihatan berkenaan.

Antaranya, barangan yang berasaskan tembakau terutama yang digunakan untuk tujuan membuat rokok. Bahaya daripada aktiviti merokok ini bukan sahaja mengundang bahaya kepada si perokok malah turut mengundang bahaya kepada orang sekeliling.

Pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan terutama melalui Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi pendedahan serta kesedaran mengenai bahaya merokok melalui iklan bahaya rokok serta penguatkua­saan undang-undang berkaitan aktiviti merokok.

Bendung budaya merokok

Kerajaan juga sering melakukan aspek penambahba­ikan sudut perundanga­n sedia ada bagi membendung budaya merokok dalam kalangan rakyat seperti penambahan bilangan zon larangan merokok seperti termaktub dalam Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi membendung isu ketagihan merokok ini, masih ramai ambil mudah serta memandang ringan isu merokok ini. Tidak keterlalua­n jika dikatakan, aktiviti merokok ini sudah jadi budaya oleh pihak yang gemar merokok. Lebih malang lagi, aktiviti merokok ini mula menular dalam kalangan remaja yang masih bersekolah.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana golongan remaja terdedah dengan bahaya ketagihan merokok sejak muda. Golongan remaja juga sudah berani untuk merokok di pusat beli-belah, perhentian bas, kedai makan, sekolah dan taman rekreasi.

Walaupun ada undang-undang membendung penjualan rokok bagi golongan bawah umur, namun penjualan rokok dalam kalangan generasi muda belum terkawal.

Langkah menaikkan cukai bagi barangan yang berasaskan tembakau seperti rokok perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana ia dapat membendung jualan serta ketagihan merokok generasi muda. Jika cukai terhadap rokok dinaikkan, sudah pasti harga rokok semakin mahal. Jika harga rokok dinaikkan, individu yang terbabit akan berfikir banyak kali sebelum membeli rokok. Cadangan kenaikan cukai rokok ini bukanlah cadangan baharu.

Banyak pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) serta Persatuan Pengguna yang turut berasakan cadangan kenaikan cukai terhadap barangan terbabit perlu dilaksanak­an supaya tabiat merokok dapat ditangani dengan berkesan. Kebanyakan persatuan pengguna terbabit juga turut merasakan bahawa penguatkua­saan tegas mengenai isu terbabit hanya boleh dilaksanak­an melalui kaedah percukaian selain daripada penguatkua­saan peruntukka­n undang-undang sedia ada.

 ?? FOTO HIASAN ?? Penguatkua­saan tegas bendung budaya merokok.
FOTO HIASAN Penguatkua­saan tegas bendung budaya merokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia