Berita Harian

China bimbang misi ‘Foal Eagle’

Tegur Washington, Seoul elak ancaman Pyongyang

-

Kerajaan China mula menyuaraka­n rasa bimbang melihat latihan ketenteraa­n bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) yang berskala besar, minggu ini.

Latihan dikenali ‘Foal Eagle’ menyusul ketika ketegangan memuncak berikutan pelancaran peluru berpandu balistik sederhana oleh Korea Utara pada 12 Februari lalu.

“Kami sudah membaca laporan dan menyuaraka­n melalui saluran diplomatik dengan nada serius kepada pihak terbabit.

“Adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak mengekalka­n keamanan dan kestabilan semenanjun­g Korea dan timur laut Asia dan bukan melakukan sesuatu yang bertentang­an,” kata Menteri Luar China, Geng Shuang, semalam.

Senjata strategik dilancar

Korea Selatan berkata pihaknya dan AS meletakkan sasaran untuk memastikan sistem itu beroperasi pada akhir tahun ini.

Keduadua negara itu memu tuskan tahun lalu untuk menggunaka­n sistem berkenaan sebagai satu tindak balas kepada ancaman peluru berpandu Korea Utara.

Terdahulu, Pyongyang mengancam mahu melancarka­n lebih banyak peluru berpandu kerana marah dengan gelagat Seoul dan Washington memulakan latihan ketenteraa­n bersama.

Menurut laporan akhbar rasmi, Rodong Sinmun, negara mereka sudah bersedia melancarka­n senjata strategik jenis baharu jika keduadua pihak itu meneruskan latihan ketenteraa­n tahunan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia