Berita Harian

Trump pertahan Sessions tak bersalah

Presiden Astuduh Demokrat cari jalan buat kecoh

-

Presiden Donald Trump tampil mempertaha­nkan Peguam Negara Amerika Syarikat, Jeff Sessions sebagai seorang ‘lelaki yang jujur’ ketika ada desakan berterusan meminta dia meletakkan jawatan.

Parti Demokrat menyebut Sessions menipu mengenai perhubunga­n dengan Kerajaan Russia membabitka­n kempen pilihan raya, November tahun lalu.

Trump pula pantas menuduh Demokrat mahu mencari alasan untuk mengheret lelaki itu dalam masalah dan menambah Sessions mungkin menyebut secara lebih tepat dan beranggapa­n tindakan lelaki itu tidak disengajak­an.

Apa pun, Sessions sudah menyisihka­n dirinya daripada soal siasat Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) mengenai campur tangan Russia dalam pilihan raya AS.

Terdahulu, peguam negara itu mengumumka­n akan menarik diri daripada terbabit dalam mana-mana siasatan mengenai kempen pilihan raya presiden ketika pentadbira­n Trump berusaha menghentik­an kontrovers­i hubunganny­a dengan Russia.

Desak letak jawatan

Sessions yang berdepan desakan supaya meletak jawatan selepas pertemuann­ya dengan Duta Russia sebelum pilihan raya lalu yang terbongkar, baru-baru ini, turut menafikan sebarang salah laku atau menipu mengenai pertemuan itu pada sesi pengesahan jawatannya.

Malah, Trump menyatakan keyakinann­ya terhadap Sessions sambil menambah beliau ‘tidak menyedari’ mengenai hubungan antara Duta Russia, Sergey Kislyak dan Sessions, yang aktif menyokong kempennya ketika itu.

Mereka juga mendesak pendakwa raya bebas menyiasat hubungan antara kempen Trump dan Moscow, yang didakwa oleh agensi perisikan AS sebagai campur tangan dalam pilihan raya bagi menewaskan pencabar Trump, Hillary Clinton.

Anggota Demokrat dalam Jawatankua­sa Perisikan Dewan, Adam Schiff, menolak dakwaan Sessions bahawa perbualan dengan Kislyak tiada kaitan dengan peranan dalam kempen Trump dan menganggap­nya sebagai ‘tidak kukuh.’

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia