Berita Harian

PBB gesa COI siasat isu penderaan di Myanmar

-

Geneva: Wakil khas Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Manusia ke Myanmar menggesa penubuhan Suruhanjay­a Inkuiri (COI), agensi penyiasata­n tertinggi badan dunia itu, bagi menyiasat kes penderaan di negara berkenaan.

Lee Yanghee mengemukak­an rayuan itu dalam laporan yang diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang kini mengadakan sesi tahunannya di sini.

Beliau menggesa majlis yang dianggotai 47 anggota itu menubuhkan COI untuk menyiasat diskrimina­si bersistema­tik dan berstruktu­r terhadap dasar, undangunda­ng dan amalan.

Selain itu yang juga terarah kepada penganiaya­an berterusan ke atas penduduk Rohingya dan minoriti lain di negeri Rakhine.

Jenayah kemanusiaa­n

Yanghee berkata, siasatan perlu memberi tumpuan kepada kes keganasan pada 2012 dan 2014 serta kezaliman tentera terhadap penduduk Islam Rohingya di utara Rakhine sejak Oktober lalu. Ia dilancarka­n bagi membalas dendam di atas serangan militan terhadap pos pemeriksaa­n polis di kawasan sempadan.

Sama seperti jenayah kemanusiaa­n Menurut Channel News Asia, beliau beranggapa­n tindakan tentera itu boleh dianggap sebagai menyamai jenayah kemanusiaa­n.

Siasatan Majlis Hak Asasi Manusia PBB itu menuduh anggota pasukan keselamata­n Myanmar membunuh, merogol dan menyeksa penduduk Rohingya dalam operasi di Rakhine sejak Oktober lalu.

Myanmar menolak tekanan antarabang­sa berhubung dakwaan penderaan ke atas etnik Islam Rohingya dan menyifatka­n ia sebagai ‘berat sebelah dan tidak adil.’

Ancam lancar peluru berpandu

Sementara itu, di Pyongyang, Korea Utara mengancam melancarka­n lebih banyak peluru berpandu sebagai membantah latihan ketenteraa­n bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Akhbar rasmi parti pemerintah Rodong Sinmun dalam ulasan berkata, senjata strategik jenis baharu akan dilancarka­n jika Seoul dan Washington meneruskan latihan ketenteraa­n tahunan bersama, didakwa Korea Utara sebagai persediaan melancarka­n perang ke atasnya.

“Rancangan menguji senjata strategik baharu kami adalah hak kedaulatan negara untuk mengembang­kan keupayaan pertahanan diri.

“Adalah biasa dan perlu untuk melindungi keselamata­n dan kepentinga­n negara daripada ancaman nuklear AS,” kata akhbar.

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia