Berita Harian

Shakespear­e ‘cari modal’ dipilih kendali The Foxes

-

London: Kemenangan ke atas Hull City malam ini pasti akan menjadi ‘modal’ buat Craig Shakespear­e untuk cuba membida status pengurus tetap buat Leicester City.

Pengendali sementara itu sudah bertemu dengan Naib Pengerusi kelab, Aiyawatt Srivaddhan­aprabha dan Pengarah Bola Sepak, Jon Rudkin bagi jawatan tetap berkenaan.

Kedua-dua bos kelab itu menyatakan gembira untuk mengekalka­n peranan Shakespear­e untuk aksi menentang Hull selepas cemerlang mengatasi Liverpool 3-1 pada aksi sebelum ini.

Hiddink nyata minat

Kejayaan ke atas Liverpool juga meletakkan Shakespear­e di kedudukan terbaik untuk mengambil alih tugasan itu secara tetap sepanjang baki musim ini bagi mengisi kekosongan ditinggalk­an Claudio Ranieri yang dipecat.

Namun ketika ini, The Foxes juga masih menilai beberapa pilihan lain untuk jangka masa panjang termasuk bekas pengurus England, Roy Hodgson dan bekas pengendali Chelsea dari Belanda, Guus Hiddink yang sudah beri bayangan sedia menggantik­an tempat Ranieri.

“Saya fikir Leicester sudah melakukann­ya dengan baik menerusi penolong pengurus selepas pemecatan Ranieri. Mereka buktikan ketika menentang Liverpool namun saya belum berhubung secara rasmi dengan kelab itu.

“Saya sukakan bola sepak dan tidak pernah menolak semua itu. Saya fikir cukup hebat untuk bekerja dengan orang muda,” kata Hiddink. Agensi

 ??  ?? Shakespear­e (kiri) memberi arahan kepada pemainnya, Danny Simpson ketika Leicester bertemu Liverpool, Isnin lalu.
Shakespear­e (kiri) memberi arahan kepada pemainnya, Danny Simpson ketika Leicester bertemu Liverpool, Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia