Berita Harian

Ibrahimovi­c, Rooney sedia angkat kaki

Penyerang Red Devils enggan kekal di Old Trafford jika gagal ke Liga Juara-juara

-

Perkembang­an mengenai masa depan Zlatan Ibrahimovi­c dan Wayne Rooney di Old Traffford lebih banyak diperkatak­an berbanding usaha Manchester United memburu slot ke Liga Juara-juara musim depan.

United yang belum tewas dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak Oktober lalu bakal menerima kunjungan Bournemout­h malam ini dan jika berjaya kelab itu berpeluang mendaki ke kedudukan lebih baik berbanding tempat keenam ketika ini.

Ibrahimovi­c kini mengecapi musim pertamanya di England dengan cukup gemilang apabila meledak 26 gol namun timbul tanda tanya mengenai penampilan­nya pada musim seterusnya.

Mings tak gentar Ibrah

Ketika ditanya mengenai pilihan untuk melanjutka­n tempoh 12 bulan seperti tertera dalam kontrak setahun yang ditandatan­ganinya, bekas penyerang Sweden itu berkata: “Musim ini masih berbaki dua bulan lagi.

“Kita lihatlah apa yang saya rasa dan situasi yang dialami. Seseorang boleh bercerita tetapi jika gagal layak ke Liga Juarajuara, saya tidak akan sambung.”

Pemain 35 tahun itu memainkan peranan penting buat United termasuk gol kemenangan ketika menumpaska­n Southampto­n 3-2 dalam aksi final Piala Liga.

Rooney pula, selepas digugurkan dalam kesebelasa­n utama dan khidmatnya tidak digunakan ketika menentang Southampto­n malah difahamkan sedang mempertimb­angkan untuk kembali ke kelabnya, Everton.

Sementara itu, pertahanan Bournemout­h, Tyrone Mings tidak gentar sekiranya ditugaskan untuk mengawasi Ibrahimovi­c.

“Ketika saya masih kecil, saya banyak menontonny­a di televisyen. Semangat saya semakin meningkat untuk menghadapi orang yang pernah saya lihat sebelum ini. Ia langsung tidak beri kesan kepada saya,” kata Mings.

 ??  ?? Ibrahimovi­c (dua dari kiri) sudah meledak 26 gol dalam musim pertamanya di England bersama Manchester United.
Ibrahimovi­c (dua dari kiri) sudah meledak 26 gol dalam musim pertamanya di England bersama Manchester United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia