Berita Harian

Apa lagi yang tinggal buat The Reds?

-

Kekalahan memalukan Liverpool di tangan penyandang juara, Leicester City pada Selasa lalu, jelas sukar diterima oleh pengendali mereka, Jurgen Klopp. Begitu juga kelab dan penyokong setia The Reds di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Selepas tunduk 3-1 di Stadium King Power itu, Klopp kali ini mengakui prestasi buruk itu kerap berlaku apabila menentang pasukan pertengaha­n dan ke bawah liga. Mereka sebelum ini tewas di tangan Burnley, Bournemout­h, Swansea City dan Hull City.

Akibat kekalahan di tangan Leicester yang juga penyandang juara liga dan kini bergelut di zon penyingkir­an, The Reds kini ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Dengan saingan berbaki 12 lagi perlawanan, kelihatan Klopp dan anak buahnya bolehlah melupakan terus sasaran untuk memburu kejuaraan EPL. Jadi apa lagi yang tinggal untuk menjadi buruan Klopp musim ini?

Selepas tersingkir dari saingan Piala FA dan tidak beraksi di Eropah, harapan tunggal yang tinggal untuk skuad The Reds musim ini adalah memburu satu tempat ke Liga Juara-juara musim depan.

Manchester City menduduki tangga ketiga dengan mengumpulk­an 52 mata manakala Tottenham Hotspur di posisi kedua, selesa dengan 53 mata. Mengikuti rapat di belakang Liverpool adalah Manchester United di tangga keenam, dengan ketinggala­n satu mata.

Dalam 12 baki aksi selepas ini, dua cabaran getir bakal dilalui Liverpool iaitu bertemu Arsenal dan City. The Gunners bakal berkunjung ke Anfield awal pagi esok waktu Malaysia yang tidak beraksi minggu lalu, namun masih mengharap bergelar juara liga.

Secara umumnya, penulis melihat pertemuan dua gergasi EPL ini sebagai ujian getir buat keduaduany­a dalam buruan untuk menjadi antara empat pasukan terbaik musim ini.

Boleh menjadi luar biasa

Tatkala hanya satu mata membezakan Liverpool dan Arsenal, kekalahan sudah pasti memberi impak besar. Andai tewas, barisan Klopp mungkin tercicir ke tempat keenam berikutan United dijangka tiada masalah membenam Bournemout­h malam ini.

Andai Arsenal pula tewas, The Reds mungkin melonjak ke tangga ketiga dengan himpunan 52 mata, mengambil tempat City menerusi perbezaan jaringan gol. Anak buah Pep Guardiola hanya beraksi pada tengah malam esok.

Namun jika terikat, Liverpool bakal tercicir ke tangga keenam manakala United kelima (andai menang ke atas Bournemout­h) manakala Arsenal terus kekal di tempat keempat dengan perbezaan jaringan yang lebih baik.

Seperti dinyatakan di atas tadi dan beberapa kali sebelum ini, satu ‘sindrom’ Liverpool yang pasti musim ini ini adalah mereka mudah tewas kepada pasukan kerdil, namun menjadi luar biasa gagah apabila bertemu pasukan gergasi EPL.

Jadi bagi pertemuan dengan Arsenal ini, penulis masih kuat terpengaru­h dengan sindrom berkenaan dengan meletakkan keputusan perlawanan ini bakal seri atau berpihak kepada anak buah Klopp.

Sementara itu, Chelsea dijangka tiada masalah membenam West Ham pada pagi Selasa ini, untuk terus selesa di puncak manakala Spurs harus mengerah kudrat ketika melayan kunjungan Everton di White Hart Lane.

City pula juga dijangka tiada masalah ketika berkunjung ke Sunderland manakala Leicester harus terus bangkit apabila melayan Hull City dalam saingan pasukan zon penyingkir­an. Selamat menonton.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia