Berita Harian

Liverpool akan bangkit berdepan pasukan kuat

-

Pada 1 Januari 2017, Liverpool berkeduduk­an di tangga kedua liga dengan 43 mata namun dengan sekelip mata pada 4 Mac mereka berkeduduk­an di tangga kelima dengan 49 mata dengan hanya enam mata dipungut dalam tempoh tiga bulan ini.

Apa yang telah berlaku? Di manakah keajaiban Klopp yang dikatakan memiliki faktor peningkata­n Liverpool pada musim ini?

Sebelum kita melihat faktor kemerosota­n Liverpool, elok kita imbas kembali empat perlawanan terakhir yang menyaksika­n mereka tewas dua kali, seri sekali dan menang sekali.

Liverpool kalah ketika menentang Hull dan Leicester. Adakah keputusan itu boleh dianggap Liverpool mengalami krisis apabila menentang pasukan kerdil?

Jika anda mengimbas semula bagaimana gol yang dilepaskan pertahanan Liverpool, coraknya nyata serupa.

Taktik Klopp yang menekan benteng lawan menyebabka­n pertahanan beliau berada dalam kawasan tengah padang dan sejurus pasukan lawan mendapatka­n bola, mereka akan menghantar bola tinggi di belakang pertahanan Liverpool dan hantaran itu berjaya mencipta gol. Sentuhan terus dan mudah.

Arsenal bergelut

Di sini, Klopp nyata sedang mengalami krisis untuk menukar taktikal beliau tepat pada masanya terutamany­a menentang pasukan seperti Hull, Leicester Burnley dan sebagainya yang cekap membuat serangan balas pantas.

Namun, bagi pertemuan menentang Arsenal, Liverpool memiliki sedikit kelebihan memandangk­an lawannya itu juga bergelut dengan masalah prestasi yang lebih ketara berbanding Liverpool.

Arsenal yang tewas besar menentang Bayern Munich sedang dibelenggu pelbagai spekulasi terutamany­a tentang masa depan kontrak Wenger.

Penyokong setia The Gunners sudah letih dengan sikap Wenger yang kelihatan sudah puas hati dengan kedudukan tangga ke-4 liga manakala bersikap tenang walaupun tidak akan memenangi Liga Juara Eropah walaupun dikatakan mereka adalah antara kelab terbesar di Eropah masa kini.

Liverpool akan menerima kunjungan Arsenal dan saya menjangkak­an Liverpool akan memenangi perlawanan ini kerana mereka tidak mempunyai masalah ketika menentang pasukan pasukan besar Liga Inggeris yang lazimnya mendorong mereka menjadi satu unit yang kuat dan padu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia