Berita Harian

KFA hantar bantahan rasmi

Surat dikemukaka­n kepada FMLLP bersama bukti video jaringan kontrovers­i

- Oleh Adha Ghazali dan Izzali Ismail

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menyerahka­n bantahan rasmi berhubung jaringan penyamaan kontrovers­i Selangor pada saat akhir ketika aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Rabu lalu kepada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), semalam.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, berkata surat bantahan itu dihantar bersama bukti dalam bentuk video.

“Kita sudah hantar hari ini (semalam)...kita tak hantar surat rayuan, tetapi bantahan rasmi kepada FMLLP berhubung keputusan pengadil pada malam itu yang memberikan jaringan kepada Selangor.

“Dari segi teknikal, FMLLP perlu berbincang dengan pihak terbabit untuk lihat kembali jaringan yang dibuat itu dan kita sudah serahkan bukti dalam bentuk video.

“Kita tak pertikaika­n penalti yang diberi, tetapi penceroboh­an dalam kotak penalti sebelum sepakan penalti diambil,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama lapan kelab penyokong bola sepak Kedah di sini, semalam.

Gol penyamaan jadi viral

Rabu lalu, hasrat Kedah membawa pulang tiga mata penuh terbantut apabila Selangor menyamakan kedudukan pada saat akhir masa kecederaan menerusi jaringan kontrovers­i Juliano Minero hasil bola muntah ketika penalti diambil Victor Astafei.

Gol penyamaan itu yang didakwa tidak sah menjadi viral di media sosial selepas pemain import itu terlebih dahulu memasuki kotak penalti sebelum Astafei melakukan sepakan.

Aminuddin mengakui risiko yang bakal dilalui Kedah sekiranya bantahan dibuat itu dilihat dari sudut emosi khususnya oleh pengadil, namun menegaskan tindakan KFA bukan untuk mencari salah sesiapa.

“Kita tak nak salahkan manamana pihak tetapi kita khuatir dengan kecuaian pihak terbabit yang boleh menjejaska­n kualiti permainan.

“Kita mohon FMLLP selaku pengelola liga ini melihat isu berkenaan, begitu juga FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) supaya mutu pengadilan negara dipandang serius,” katanya.

 ??  ?? Minero meraikan gol penyamaan yang mencetus kontrovers­i ketika menentang Kedah.
Minero meraikan gol penyamaan yang mencetus kontrovers­i ketika menentang Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia