Berita Harian

Penalti bantu Penyu kalahkan ATM

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Sepakan penalti yang diperoleh dalam permainan berbaki tujuh minit membantu Terengganu menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Gol tunggal itu hadir pada minit ke-83 menerusi Issey Nakajima Farran selepas dijatuhkan pemain gantian, Muhd Aifaa Mat Baliya dalam kotak penalti.

Seawal minit ke-4, penyerang Terengganu, Federico Falcone melakukan percubaan, namun tepat ke dakapan ke penjaga gol, Mohd Hafizuddin Azuhar.

Pelawat melakukan beberapa gerakan ke kubu tuan rumah menerusi gerakan kapten, Venice Elphi Danny Kaya tapi berjaya dipatahkan benteng pertahanan diketuai Lazaro Vinicius.

Peluang terbaik skuad Penyu hadir hasil tandukan Issey Nakajima Farran, namun diselamatk­an pertahanan, Raja Mohd Ridzuwan Effendy di atas garisan gol pada minit 36.

Sepakan percuma

Lima minit bersambung babak kedua, tuan rumah dihadiahka­n sepakan percuma, namun tendangan Turaev Lutfulla ditepis keluar Mohd Hafizuddin.

Pada minit 64, Mohd Hafizuddin sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis keluar bola rembatan Nakajima Farraan.

Anak buah Irfan Bakti Abu Salim terus mengasak kubu pelawat dan tandukan Falcone yang menyambut sepakan penjuru Lutfulla masih gagal menewaskan Mohd Hafizuddin.

ATM yang yang tewas 4-5 di tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selasa lalu cuba memasuki kubu pertahanan tuan rumah, tapi segala gerakan berjaya dipatahkan.

Bagaimanap­un, kesilapan Muhd Aifaa menjatuhka­n Nakajima Farran dalam kotak penalti mengundang padah buat pasukan sekali gus mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Pemain Terengganu, Mohd Faiz Nasir (kiri) diasak dua pemain ATM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Pemain Terengganu, Mohd Faiz Nasir (kiri) diasak dua pemain ATM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia