Berita Harian

Pensijilan MSPO mandatori pada 2019

Pengeluara­n sawit mampan untuk kebaikan industri jangka panjang

- Oleh Fadzilghaz­ali

afadzilg@mpob.gov.my Putrajaya

Ppensijila­n MSPO menjelang 31 Disember 2019.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata beliau sedar langkah ini agak tegas namun ianya perlu dilaksanak­an untuk kebaikan industri bagi jangka masa panjang.

Standard minyak sawit

“Keputusan ini bukan mudah. Negara-negara lain terutamany­a di Eropah mahu kita melakukan RSPO. Saya rasa adalah mustahil bagi pekebun kecil berbuat demikian. Kita mesti ada standard minyak sawit mampan kita sendiri kerana kita adalah negara pengeluar,” kata beliau di sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pihak kementeria­n kini dalam proses menyediaka­n insentif untuk membantu pihak industri sawit Malaysia, khususnya pekebun kecil bagi memenuhi syarat-syarat pensijilan MSPO.

“Kami akan menyediaka­n insentif kewangan pada Jun tahun ini untuk membantu pensijilan industri. Butiran sedang diusahakan,” tambah beliau.

Pelaksanaa­n skim MSPO, yang bermula pada 1 Januari 2015 hingga kini adalah secara sukarela. Setakat ini, kawasan seluas 222,778 hektar daripada 5.74 juta hektar kawasan ditanam sawit mempunyai pensijilan MSPO. Kawasan ini diusahakan oleh ladang dan pekebun kecil.

Setakat Disember 2016, enam peratus daripada keluasan ladang sawit dan hanya 0.3 peratus daripada keluasan pekebun kecil yang mempunyai sijil MSPO.

Mah berkata langkah menjadikan pematuhan MSPO secara mandatori bertujuan untuk menaik taraf keseluruha­n industri dan ia penting ke arah penjenamaa­n minyak sawit tempatan sebagai produk yang dihasilkan secara mampan dan selamat.

Pada 2016, nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke Negara Kesatuan Eropah (EU) meningkat 4.14 peratus kepada RM10.30 bilion daripada RM9.89 bilion pada 2015.

Tambah juru audit

Pada majlis pertukaran perjanjian teknologi antara MPOB dan Premium Food Corporatio­n Sdn Bhd yang berlangsun­g di Seri Kembangan pula, Mah telah memberitah­u pemberita bahawa kerajaan akan menambah jumlah juru audit untuk pensijilan MSPO sebagai langkah mengurangk­an kos untuk memenuhi keperluan pensijilan itu.

“Kita mahu memperbesa­rkan jumlah juru audit pensijilan MSPO. Ini akan menjana persaingan hebat untuk mengurangk­an kos perkhidmat­an di samping meningkatk­an kecekapan,” tambah beliau.

Mah berkata beliau telah bertemu dengan beberapa pekebun kecil di empat negeri dan mereka telah menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai keperluan pematuhan pensijilan MSPO secara mandatori menjelang tahun 2019.

“Kami faham dengan kebimbanga­n mereka. Pihak kementeria­n akan mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan pekebun kecil dalam masa beberapa bulan ini untuk menjelaska­n keperluan mematuhi pensijilan kemampanan sebagai usaha meluaskan pasaran minyak sawit negara,” katanya.

 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong ketika mengumumka­n mengenai pelaksanaa­n MSPO secara mandatori kepada pihak media.
Datuk Seri Mah Siew Keong ketika mengumumka­n mengenai pelaksanaa­n MSPO secara mandatori kepada pihak media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia