Berita Harian

Misi perkukuh pasaran sawit di Iran

Delegasi MPIC diketuai Datuk Seri Mah Siew Keong bagi perluas pasaran komoditi Malaysia

- Oleh Hisamuddin Mohamad Aspar

Misi Ekonomi dan Teknikal Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) ke Iran yang diketuai oleh Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong ke Iran adalah bertujuan memperkuku­hkan pasaran sawit dan komoditi kayukayan serta getah keluaran Malaysia di negara tersebut.

Misi disertai oleh agensi utama di bawah MPIC iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (MRB), Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Iran adalah antara negara pasaran minyak sawit Malaysia yang penting di rantau Asia Barat. Pada 2016 negara berkenaan telah mengimport 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai dagangan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus berbanding dengan nilai dagangan tahun sebelumnya.

Objektif utama misi ke Iran adalah untuk meningkatk­an hubungan perdaganga­n di antara kedua-dua negara dari aspek perdaganga­n komoditi minyak sawit, kayu kayan dan getah dan melaksanak­an program berkaitan komoditi utama negara dengan tujuan untuk mengembang­kan pasaran di Iran.

Pertukaran maklumat

Misi itu turut menggalakk­an pertukaran maklumat berkaitan komoditi minyak dan lemak, kayukayan dan getah di antara Malaysia dan Iran. Ia juga mampu membuka peluang untuk pelabur-pelabur Malaysia melabur di dalam sektor berkaitan di Iran.

Yang turut serta dalam misi berkenaan ialah Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua Setiausaha MPIC, Datuk M. Nagarajan; Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din, Pengerusi MPOC, Datuk Lee Yeow Chor.

Antara aktiviti yang telah dilaksanak­an semasa misi adalah penganjura­n Pameran dan Seminar Perdaganga­n Minyak Sawit (POTS), sesi dialog di antara Datuk Seri Mah dengan pihak industri kayukayan dan getah Iran, perbincang­an di antara beliau dengan rakan sejawatnya dan juga perasmian pejabat MPOB Tehran di Iran.

POTS diadakan pada 6 Februari 2017 dihadiri oleh lebih dari 300 peserta dari kalangan industri minyak dan lemak tempatan, wakil agensi kerajaan, ahli akademik dan pakar penyelidik tempatan. Seminar turut dihadiri 100 peserta industri minyak sawit Malaysia yang berminat untuk mengembang­kan pasaran produk mereka di Iran dan negara-negara berhampira­n. Pameran POTS Iran 2017 turut disertai 17 syarikat tempatan dan syarikat minyak sawit Malaysia.

Dalam misi yang sama, Datuk Seri Mah telah mengadakan pertemuan dan perbincang­an dengan rakan-rakan sejawatnya dari Kementeria­n Pertanian Iran, Kementeria­n Komunikasi dan Teknologi Maklumat Iran, Pengerusi Parlimen Suruhanjay­a Kesihatan Iran dan Kementeria­n Industri, Galian dan Perdaganga­n Iran.

Antara perkara yang dibincangk­an semasa pertemuan adalah menyentuh isu perdaganga­n dua hala di antara Malaysia dan Iran terutamany­a berkaitan isu dagangan minyak sawit, kayu-kayan dan getah.

 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong sempena POTS Iran. menunjukka­n buku maklumat sawit versi bahasa Parsi yang dilancarka­n
Datuk Seri Mah Siew Keong sempena POTS Iran. menunjukka­n buku maklumat sawit versi bahasa Parsi yang dilancarka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia