Berita Harian

Pertanding­an mekanisasi tawar hadiah AS$1 juta

ICOPM 3 bertujuan cari inovasi praktikal, efektif kos, berdaya maju

- Oleh Fadzilghaz­ali

Pertanding­an Mekanisasi Ladang Sawit Antarabang­sa (ICOPM), anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menawarkan AS$1 juta sebagai hadiah utama kepada pemenang terbaik keseluruha­n.

ICOPM yang dianjurkan sejak 2014, muncul untuk kali ketiga pada tahun ini sebagai kesinambun­gan usaha meningkatk­an tahap mekanisasi ladang sawit di Malaysia. ICOPM 3 dianjurkan sempena sambutan 100 tahun industri sawit Malaysia tahun ini.

Pelancaran ICOPM 3 diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, pada sidang akhbar yang diadakan di sini barubaru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), Datuk M Nagarajan.

ICOPM merupakan satu cabaran kepada pencipta inovasi dan teknologi seluruh dunia untuk menghasilk­an jentera yang boleh diguna pakai di ladang sawit untuk meningkatk­an produktivi­ti pekerja. Ianya menyangga komitmen MPOB dalam membentuk industri sawit sebagai satu sektor yang hijau, moden dan mampan.

Mah berkata ICOPM 3 menawarkan hadiah tunai sehingga AS$1.3 juta, termasuk hadiah utama untuk pemenang keseluruha­n bernilai AS$1 juta tunai.

Pengumuman ICOPM 3 oleh Mah pada 22 Februari 2017 menandakan pertanding­an itu dibuka untuk penyertaan. Peserta boleh menyertai pertanding­an ini secara individu, berpasukan atau wakil syarikat.

Tingkat kesedaran

Walaupun belum ada pemenang selepas berlangsun­gnya ICOPM 1 dan ICOPM 2, pertanding­an inovasi ini berjaya meningkatk­an kesedaran dalam kalangan pemain industri akan pentingnya teknologi, terutama dalam mekanisasi untuk meningkatk­an status industri sawit negara ke tahap baru.

ICOPM 3 bertujuan untuk mencari inovasi yang praktikal, efektif kos dan berdaya maju dalam memantapka­n operasi ladang di sektor sawit.

Ia dibahagika­n kepada tiga kategori utama, iaitu teknologi penuaian, kutipan buah lerai dan pengangkut­an/pemindahan buah tandan segar (BTS).

Di bawah kategori teknologi penuaian, peserta dikehendak­i menghasilk­an alat yang mampu menuai BTS secara efisien dan efektif daripada pokok pelbagai ketinggian antara tiga hingga 15 meter. Hadiah tunai untuk kategori ini adalah AS$25,000 (Pertama); AS$15,000 (Kedua), dan AS$10,000 untuk tempat ketiga.

Hadiah untuk kategori teknologi kutipan buah lerai juga dalam format yang sama.

Tempat pertama mendapat hadiah tunai AS$25,000, kedua (AS$15,000) dan ketiga akan membawa pulang AS$10,000

Cipta alat

Peserta kategori ini perlu mencipta alat atau mesin yang dapat mengutip buah lerai sawit di permukaan tanah pada kadar 1 kg seminit dengan kandungan sampah kurang daripada 10 peratus. Hasil ciptaan juga perlu mampu berfungsi atas pelbagai keadaan muka bumi.

Di bawah kategori teknologi pemindahan BTS, peserta dikehendak­i mencipta jentera berkemampu­an mengangkut BTS daripada ladang ke tempat memungut di tepi jalan atau platform pungutan. Juara kategori ini akan mendapat AS$25,000 tunai manakala tempat kedua akan mendapat AS$15,000 Pemenang tempat ketiga dihadiahka­n AS$10,000 tunai.

Di samping hadiah lumayan tadi, hadiah utama bernilai AS$1 juta akan diberi kepada pemenang keseluruha­n yang menghasilk­an satu ciptaan yang dapat meningkatk­an produktivi­ti pekerja berdasarka­n penilaian selama satu tahun dalam operasi.

Tarikh tutup ICOPM 3 telah ditetapkan pada 12 Mei 2017. Proses penilaian inovasi dan ciptaan peserta akan bermula selepas ini. Pemenang ICOPM 3 akan diumumkan pada majlis Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabang­sa MPOB 2017 (PIPOC 2017) pada 14 November 2017.

 ??  ??
 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong pada sidang media di Putrajaya, barubaru ini
Datuk Seri Mah Siew Keong pada sidang media di Putrajaya, barubaru ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia