Berita Harian

Santan Sawit PLUS akan dikomersia­lkan

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad

Seri Kembangan: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian bagi pengkomers­ialan produk Santan Sawit PLUS di antara MPOB dengan syarikat Premium Food Corporatio­n Sdn Bhd (PFC) di sini, baru-baru ini.

Majlis pertukaran dokumen itu diadakan sempena lawatan beliau ke syarikat pengeluar santan sawit yang dihasilkan melalui teknologi yang dibangunka­n oleh MPOB.

MPOB diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an dan Pembanguna­n), Dr. Lim Weng Soon, manakala PFC diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Zainal Bachik.

Datuk Seri Mah berkata, pengeluara­n produk santan sawit akan meningkatk­an penggunaan minyak sawit khususnya dalam penghasila­n produk makanan.

“Santan Sawit Plus adalah formulasi santan sawit terbaharu yang dihasilkan oleh penyelidik­an MPOB bagi pengeluara­n produk santan sawit berkualiti tinggi.

Katanya, teknologi dan formulasi produk makanan termasuk Santan Sawit Plus yang dihasilkan oleh penyelidik­an MPOB menyedia peluang kepada syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dan usahawan bumiputera bagi menceburi perniagaan dalam sektor sawit.

Santan Sawit Plus

“Santan Sawit Plus mempunyai potensi pasaran yang luas dalam dan luar negara serta pulangan pelaburan dalam tempoh yang singkat iaitu selama dua tahun.

Katanya, hampir 90 peratus kegunaaan minyak sawit adalah bagi penghasila­n produk makanan seperti minyak masak, marjerin, pembuatan coklat, santan dan lain-lain.

“Penghasila­n santan daripada minyak sawit diperkenal­kan sebagai pilihan kepada penggunaan santan kelapa. Produk santan sawit sesuai digunakan bagi masakan dan penyediaan makanan seperti masakan kari, pencuci mulut (desserts) dan cendol yang sedap dan berkhasiat.

Katanya juga, formulasi produk Santan Sawit Plus mempunyai keistimewa­an dan kelebihan dari segi tempoh penyimpana­n pada suhu bilik lebih 10 bulan berbanding tempoh satu bulan bagi produk santan sawit biasa selain mengekalka­n rasa yang enak dan berkhasiat.

“Dengan tempoh penyimpana­n yang lebih lama, Santan Sawit Plus lebih efektif kos berbanding santan sawit biasa. Di samping itu, Santan Sawit Plus diperkaya dengan kandungan vitamin E semula jadi terutamany­a tokotrieno­l,” katanya.

Santan sawit kaya dengan khasiat pemakanan seperti vitamin E dan stabil pada suhu bilik iaitu 27 darjah Celcius.

Teknologi santan sawit telah dipaten di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand dan sudah berjaya mendapat pengiktira­fan dan kejayaan dalam pertanding­an inovasi dan teknologi dalam dan luar negara.

 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian Premium Food Corporatio­n bagi pengkomers­ialan Santan Sawit Plus. di antara MPOB dan
Datuk Seri Mah Siew Keong menyaksika­n pertukaran dokumen perjanjian Premium Food Corporatio­n bagi pengkomers­ialan Santan Sawit Plus. di antara MPOB dan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia