Berita Harian

Ahli Parlimen Eropah sanjung pengeluara­n sawit mampan Malaysia

- Oleh Fadzil Ghazali

Bangi: Ahli Parlimen Eropah (MEPS) yang mengadakan lawatan ke Malaysia baru-baru ini ini memuji usaha Malaysia dalam membangunk­an industri sawit secara mampan.

Delegasi tujuh MEP yang diketuai oleh Dr Barbara Kappel menyertai program anjuran MPOB bagi mengenali industri sawit Malaysia.

Mereka dibawa melawat pusat pemulihara­an Orang Utan di Sepilok, Sabah; ladang sawit milik Ahli Kelab 30 Tan MPOB di Beluran, Sabah; dan menghadiri beberapa sesi dialog bersama menteri, pemilik syarikat dan pegawai kanan kerajaan yang berkaitan dengan industri sawit.

Semasa di Sandakan, Sabah, delegasi MEP berpeluang bersama Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur di satu sesi makan malam dan dialog. Pada sesi ini, ketua delegasi MEP menceritak­an tentang usul mengaitkan industri sawit dengan pelbagai kemusnahan alam yang akan dibentang di Parlimen EU pada April ini.

Beliau mahu melihat Malaysia dan Indonesia mempamerka­n tahap kesungguha­n yang lebih tinggi dalam mematahkan usaha menjadikan usul ini satu resolusi kerana beliau faham betapa pentingnya industri sawit untuk negara membangun seperti Malaysia dan Indonesia.

“Sekiranya ia menjadi satu resolusi, produk sawit akan menerima layanan negatif di EU. Bantu kami untuk membantu anda,” katanya.

Datuk Datu Nasrun Datu Mansur memberi penjelasan kepada delegasi MEP mengenai penubuhan Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) oleh Malaysia dan Indonesia pada tahun 2015 dan bagaimana majlis ini akan berusaha meningkatk­an kesedaran dunia terhadap kepentinga­n dan pembanguna­n industri sawit.

Delegasi MEP lawat UP

Delegasi MEP turut berpeluang melawat United Plantation­s Berhad (UP) di Teluk Intan, Perak. Mereka disambut Timbalan Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif UP, Datuk Carl Bek Nielsen yang turut memberi taklimat mengenai operasi UP dan pembanguna­n industri sawit dunia kepada pelawat daripada EU itu.

Carl menekankan kepentinga­n industri sawit sebagai pembekal minyak masak dan lelemak kepada dunia memandangk­an sawit merupakan tanaman paling efisien dalam menghasilk­an komoditi berkenaan.

Beliau turut memberitah­u bahawa industri ternakan lembu membawa lebih kemudarata­n kepada bumi berikutan penghasila­n karbon dioksida serta penggunaan kawasan yang luas namun ianya tidak menjadi bahan kempen badan bukan kerajaan terutamany­a daripada Eropah.

Delegasi MEP juga berkunjung ke ibu pejabat MPOB di sini untuk sesi dialog bersama pengurusan kanan MPOB. Sesi ini dipengerus­ikan oleh Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

 ??  ?? Datuk Seri Mah Siew Keong bersama Ahli Parlimen Eropah yang mengadakan pertemuan dengan beliau sempena kunjungan ke Malaysia.
Datuk Seri Mah Siew Keong bersama Ahli Parlimen Eropah yang mengadakan pertemuan dengan beliau sempena kunjungan ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia