Berita Harian

Hello Sawit sebar maklumat kepada warga Jasin

Program menarik minat lebih 2,000 pengunjung

- Oleh Mohd Saufi Awang

Hello Sawit Jasin mendapat sambutan menggalakk­an dengan hampir 2,000 pengunjung terdiri daripada pekebun kecil dan masyarakat setempat kawasan Parlimen Jasin.

Penganjura­n Hello Sawit oleh MPOB menyedia peluang kepada masyarakat setempat mendapatka­n maklumat terkini mengenai industri sawit, teknologi penanaman sawit dan maklumat bantuan kerajaan yang ditawarkan kepada pekebun kecil serta maklumat mengenai kegunaan dan keistimewa­an produk sawit.

Berucap semasa merasmikan Hello Sawit Jasin, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron berkata, kejayaan Malaysia memajukan perusahaan sawit dan pencapaian dalam bidang penyelidik­an yang diterajui MPOB menjadi contoh kepada negara membangun lain bagi mempelajar­i pengalaman dan kepakaran Malaysia dalam pembanguna­n industri sawit.

Katanya, walaupun tanaman sawit berasal dari benua Afrika, Malaysia telah menempa nama dalam industri sawit global sebagai antara negara pengeluar dan pengekspor­t utama minyak sawit dunia.

“Dengan potensi pulangan ekonomi yang lebih baik, tanaman sawit telah menjadi pilihan pekebun kecil dan pengusaha ladang di seluruh negara yang menyumbang peningkata­n kawasan tanaman sawit negara yang mencecah 5.74 juta hektar, katanya.

“Kemajuan sektor sawit sebagai komoditi pertanian utama negara telah menjana pendapatan eksport negara, menyedia peluang ekonomi kepada pengusaha ladang dan pekebun kecil dan menawar peluang pekerjaan kepada penduduk dalam sektor huluan hingga hiliran berasaskan minyak sawit.

Tingkat produktivi­ti

Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah dalam ucapan aluannya berkata, sejajar matlamat pembanguna­n industri sawit yang mampan dan berdaya saing, MPOB sentiasa memperting­katkan perkhidmat­an kepada pihak industri dan pekebun kecil bagi meningkatk­an produktivi­ti dan pendapatan.

Katanya bagi meningkatk­an penguasaan pasaran minyak sawit Malaysia, Kerajaan akan menetapkan pelaksanaa­n pensijilan sawit mampan MSPO kepada semua ladang sawit menjelang tahun 2018 dan kawasan yang diusahakan pekebun kecil menjelang tahun 2019.

Katanya, Pegawai TUNAS yang berada di kawasan pekebun kecil berperanan menyedia khidmat nasihat penanaman sawit mengikut Amalan Pertanian Baik dan amalan teknologi baharu bagi pengeluara­n minyak sawit mampan dan peningkata­n produktivi­ti pengeluara­n hasil buah tandan segar.

MPOB juga berperanan menyalur bantuan yang disediakan kerajaan kepada pekebun kecil seperti bantuan tanam semula dan tanam baharu, bantuan integrasi tanaman dan ternakan bersama tanaman sawit.

Penganjura­n aktiviti Hello Sawit seperti Pertanding­an Memasak, Pertanding­an Gubahan Sawit, Pertunjuka­n Tatarias menguna produk kosmetik sawit dan pameran memberi pendedahan berguna kepada pengunjung mengenai kegunaan dan keistimewa­an produk berasaskan sawit.

Sempena sambutan 100 tahun penanaman sawit secara komersial, MPOB dengan kerjasama Merlimau Riders Club menganjurk­an Hello Sawit Challenge Jamboree yang disertali lebih 800 peserta berbasikal melalui ladang sawit yang memberi pendedahan kepada peserta termasuk luar negara kehijauan ladang sawit.

Turut hadir majlis perasmian Hello Sawit Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Jasin iaitu ADUN Merlimau, Datuk Roslan Datuk Haji Ahmad; ADUN Rim, Datuk Wira Ghazale Muhamad; ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan; ADUN Bemban, Datuk Ng Choon Koon; Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din dan Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya.

 ??  ??
 ??  ?? Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron (dua dari kanan) merasmikan Hello Sawit Jasin.
Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron (dua dari kanan) merasmikan Hello Sawit Jasin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia