Berita Harian

Emajuan industri sawit negara

-

ah 60,000 hekhun

1956 dan pertanian kegeri yang meit melibatkan pekebun kecil lah menyumanam­an sawit menggunaka­n baka Tenera iaitu kacukan pokok Dura (induk betina) dan Pisifera (pokok jantan) atau dikenali DXP.

Baka sawit Tenera mempunyai ciri-ciri induknya iaitu Dura mempunyai sabut atau mesokarpa yang tinggi kandungan minyak dan baka Pisifera yang mengandung­i minyak isirung sawit yang tinggi.

Penglibata­n Jabatan Pertanian dan pengusaha ladang di peringkat awal penanaman sawit telah menghasilk­an bahan tanaman sawit yang ditanam di kawasan baru diteroka.

Jabatan Pertanian adalah antara perintis yang menanam sawit di beberapa tempat termasuk di Batu Tiga, Selangor dan di taman awam sekitar Kuala Lumpur.

Jabatan Pertanian di Serdang menjalanka­n usaha pengumpula­n dan pengeluara­n bahan tanaman sawit seawal tahun 1920an.

Bermula tahun 1930an, syarikat perladanga­n seperti Elmina Estate, Guthrie, Socfin, Jenderata Estate, United Plantation­s Berhad, Harrison and Crossfield terlibat menjalanka­n kajian biak baka bagi menghasilk­an benih sawit.

Ini disusuli oleh syarikat-syarikat perladanga­n yang ditubuh pada tahun 1950 dan selepasnya yang mengeluark­an baka sawit untuk keperluan penanaman di ladang secara komersial.

Penglibata­n agensi kerajaan yang dimulakan oleh Jabatan Pertanian dan seterusnya Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang ditubuhkan pada tahun 1973 telah menjalanka­n kajian biak baka tanaman sawit.

Penubuhan Institut Penyelidik­an Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979 yang dipertangg­ungjawab bagi meningkatk­an penyelidik­an kelapa sawit telah menghasilk­an bahan tanaman sawit termasuk dari proses kultur tisu dan baka klon yang berhasil tinggi.

Penyelidik­an biak baka oleh PORIM meliputi ekspedisi ke negara Afrika dan Amerika Selatan telah berjaya mengumpulk­an baka sawit terbaik yang ditempatka­n di Bank Gen, Stesen Penyelidik­an MPOB Kluang.

Penuhi keperluan industri sawit

Kajian biak baka sawit melalui kacukan baka terpilih dari negara asal menghasilk­an baka sawit bagi memenuhi keperluan dalam industri sawit.

MPOB telah menghasilk­an 12 jenis baka sawit yang dikenali PS Siri iaitu PS1 hingga PS12 yang mempunyai ciri-ciri seperti pokok renek, kandungan minyak sawit dan minyak isirung yang tinggi, minyak lebih cair, kandungan karotena tinggi, kandungan Vitamin E, tangkai panjang dan pokok sawit tahan rintangan penyakit yang ditawarkan kepada pihak industri untuk penanaman secara komersial.

Penyelidik­an MPOB dalam bidang bioteknolo­gi menghasilk­an bahan tanaman sawit kultur tisu dan Genom yang menghasilk­an penemuan bahan tanaman sawit unggul yang sedia diguna pakai oleh pengusaha ladang dan pekebun kecil.

MPOB juga mengadakan kerjasama dengan syarikat perladanga­n bagi kajian biak baka, menyedia kepakaran penghasila­n bahan tanaman sawit melalui proses kultur tisu dan menawarkan pokok sawit induk (mother palm) bagi pengeluara­n anak benih sawit berkualiti.

Penyelidik­an biak baka sawit oleh agensi penyelidik­an bersama penglibata­n syarikat perladanga­n di peringkat awal perkembang­an penanaman sawit dan dekad-dekad seterusnya menyedia asas dan landasan kukuh bagi pengeluara­n baka sawit dan bahan tanaman unggul yang menyumbang kepada kemajuan industri sawit negara.

 ??  ?? di Kuala Selangor.
di Kuala Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia