Berita Harian

Koperasi tingkat produktivi­ti, pendapatan pekebun kecil

Langkah galak pekebun kecil menyumbang kepada kemajuan sawit

- Oleh Nazirah Che Jaafar

Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) yang dianggotai oleh pekebun kecil sawit adalah sebahagian usaha bagi meningkatk­an produktivi­ti dan pendapatan pekebun kecil.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung pertama KPSM Kuala Kangsar Berhad di sini, baru-baru ini.

Katanya, penubuhan KPSM di Kuala Kangsar ini adalah hasrat Allahyarha­m Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad agar pekebun kecil sawit di sekitar Kuala Kangsar dapat disatukan untuk kebaikan bersama.

“Dengan jumlah 827 pekebun kecil di Kuala Kangsar dan keluasan tanaman sawit lebih 2,500 hektar, penubuhan koperasi adalah sebagai langkah penyatuan sejajar dengan usaha meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti buah sawit pekebun kecil.

“Selain itu, penyertaan pekebun kecil dalam koperasi adalah penting ke arah pensijilan minyak sawit mampan,” katanya.

Katanya, melalui pendekatan koperasi, pekebun kecil akan dibimbing mengenai penggunaan teknologi dan amalan pengurusan kebun yang betul dan sistematik.

“Pembabitan pekebun kecil dalam pengeluara­n minyak sawit mampan juga akan menyumbang kepada peningkata­n daya saing dan keupayaan industri sawit bagi memenuhi permintaan minyak sawit mampan di pasaran antarabang­sa.

Katanya juga, penubuhan koperasi merupakan langkah strategik kerajaan bagi menjamin pekebun kecil terlibat dalam arus perdana perniagaan dan keusahawan­an.

Satukan pekebun setempat

“Secara khusus koperasi bertujuan menyatukan pekebun kecil setempat dan menjalanka­n aktiviti berkaitan sawit untuk kepentinga­n bersama.

Katanya, jualan buah tandan segar melalui koperasi memberi kesan positif peningkata­n harga jualan dan memberi pulangan terbaik kepada pekebun kecil

Beliau menyeru agar pekebun kecil di Daerah Kuala Kangsar dapat melibatkan diri dalam KPSM. Penyertaan pekebun kecil dalam gerakan koperasi akan menyumbang kepada peningkata­n produktivi­ti dan pendapatan serta kemajuan industri sawit negara dalam jangka masa panjang.

Yang turut hadir pada majlis itu, ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Dato’ Mohamad Kamil Dato’ Safie dan Pengarah Bahagian Penyelidik­an Integrasi dan Pengembang­an MPOB, Dr Ramle Moslim.

 ??  ??
 ??  ?? Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Kuala Kangsar Berhad.
Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Kuala Kangsar Berhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia