Berita Harian

Seminar perjelas kepada mahasiswa India khasiat, aplikasi sawit

- Oleh Dr Nagendran Bala Sundram

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan Kerjasama Institut Teknologi Kimia (ICT) Mumbai dan disokong oleh Persatuan Saintis dan Taknologis Makanan India-mumbai (AFST(I), menganjurk­an Seminar Minyak Sawit bagi memperjela­s maklumat berkaitan aspek pemakanan dan aplikasi komoditi itu.

Seminar yang dihadiri 120 peserta terdiri pelajar ICT dalam bidang Kejurutera­an & Teknologi Makanan; Teknologi Minyak, Oleokimia dan Surfaktan dan Kejurutera­an Kimia dirasmikan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, Eldeen Husaini Mohd Hashim. Yang turut hadir, Naib Canselor ICT, Prof Dr G D Yadav.

Tiga pembentang­an teknikal sawit

Sebanyak tiga pembentang­an teknikal berkaitan sawit disampaika­n oleh pakar dan saintis dalam bidang sawit yang merangkumi pengenalan dan aplikasi minyak sawit oleh Pengurus Serantau MPOB (Asia Selatan), Dr Nagendran Bala Sundram; produk nilai tambah sawit oleh U R Unnithan dari Sumwin Solutions Malaysia dan Dr Pramod Khosla dari Wayne State University, Detroit, Amrika Syarikat membentang­kan berkaitan aspek pemakanan dan kesihatan sawit.

Tujuan seminar adalah untuk memberikan penjelasan berkaitan pelbagai aspek penting minyak sawit kepada kumpulan sasar, iaitu pelajar pusat pengajian tinggi untuk lebih memahami berkaitan minyak sawit dan dapat menggunaka­n pengetahua­n secara efektif apabila bekerja dalam industri pemprosesa­n makanan di India kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia