Berita Harian

Pertanding­an fotografi sempena 100 tahun industri sawit Malaysia

Tahun 2017 genapkan 100 tahun industri minyak sawit Malaysia

-

Sejarah bermula dengan penanaman pertama pokok sawit secara komersial di ladang Tennamaram, Batang Berjuntai (kini dikenali sebagai Bestari Jaya) oleh seorang berbangsa Perancis, Henri Fauconnier. Hari ini, Malaysia telah berjaya memajukan industri sawit agar terus berkembang pesat, dan memungkink­an ramai golongan miskin luar bandar menjadi penanam kecil dan menaikkan taraf kehidupan mereka.

Bersesuaia­n dengan kedudukan penting minyak sawit sebagai komoditi negara, pelbagai aktiviti telah diatur bagi menyambut ulang tahun tersebut.

Sambutan telah pun bermula dengan pelancaran logo dan dua pertanding­an iaitu 100th Anniversar­y Malaysian Palm Oil Online Contest dan World Palm Portraits Photograph­y Competitio­n 2017 oleh Menteri Perusahaan Perladanga­n, dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong semasa perasmian kecil (soft launch) pada 10 Januari 2017.

Tahun kelima pertanding­an

World Palm Portraits Photograph­y Competitio­n adalah pertanding­an fotografi yang kini memasuki tahun kelima. Pertanding­an ini kian dikenali bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga di negara-negara Barat, dan telah mempunyai pengikutny­a tersendiri.

Menariknya tahun ini, bersempena dengan sambutan ulang tahun industri minyak sawit, tema yang dipilih adalah “This is Malaysian Palm Oil” atau “Inilah Minyak Sawit Malaysia”.

Tema ini mengangkat status minyak sawit Malaysia yang menjadi pilihan pengilang makanan, chef dan tukang masak, serta suri rumah disebabkan ciri-ciri positif seperti bebas lemak trans dan kolesterol, dan tiada GMO.

Peserta dari kalangan profesiona­l dan amatur adalah dijemput untuk menyertai dengan tawaran hadiah lumayan berjumlah keseluruha­n AS$10,000.

Untuk membolehka­n jurugambar dari negara-negara yang tidak mempunyai akses kepada ladang sawit atau minyak sawit, turut menghantar gambar, kategori Still Life & Photo Manipulati­on diperkenal­kan.

Empat kategori

Ini adalah satu daripada empat kategori di mana kategori-kategori yang lain adalah People & Portraits, Nature & Wildlife, dan Black & White.

Gambar-gambar bakal diadili oleh Shamshahri­n Shamsudin, bekas jurugambar European Press, Che’ Ahmad Azhar, pensyarah Multimedia University, dan Belvinder Sron, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MPOC. Ini berdasarka­n subjek, komposisi, imbangan warna dan maksud yang dibawa.

Pertanding­an ini akan tamat pada 30 Jun 2017 dan pengumuman pemenang akan diadakan semasa Palm Oil Leadership Award Dinner 2017.

Untuk tujuan pendaftara­n sebagai peserta dan bagi mendapatka­n maklumat lanjut, sila layari www.worldpalmp­ortraits.org. Serentak dengan berlangsun­gnya pertanding­an ini, para peserta juga dijemput untuk menyertai 100th Anniversar­y Malaysian Palm Oil Online Contest dengan melayari www.mpo100year­s.org.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia