Berita Harian

Courts buka cawangan kedua di Sabah

Harga promosi serendah RM1 ditawar sempena pembukaan

- Oleh Mohd Nazllie Zainul bhbiz@bh.com.my

Sempena pembukaan cawangan ini, kami menawarkan harga promosi serendah RM1 bagi beberapa barangan elektrik dan keperluan rumahbermu­la 3 hingga 16 Mac ini Dolf Posthumus, Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia

Peneraju jualan barang elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot di pasaran tempatan membuka cawangan baharu di Kompleks Karamunsin­g di Kota Kinabalu, cawangan keduanya di Sabah.ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Dolf Posthumus, berkata pihaknya membuka cawangan baharu berkenaan selepas melihat potensi pasaran besar di Sabah, selain kapasiti penduduk yang semakin meningkat khususnya di bandar raya Kota Kinabalu.

Beliau yakin Courts boleh menjadi kedai pilihan ramai bagi mendapatka­n barang keperluan rumah disebabkan harga berpatutan dan memenuhi kehendak pelanggan masa kini.

“Courts adalah sebuah kedai yang lengkap kerana bukan sahaja menjual peralatan elektrik dan barangan elektronik, malah memasarkan pelbagai jenis perabot yang sesuai untuk semua jenis kediaman.

“Sempena pembukaan cawan- gan ini, kami menawarkan harga promosi serendah RM1 bagi beberapa barangan elektrik dan keperluan rumah bermula 3 hingga 16 Mac ini.

Baucar khas

“Selain boleh membelinya secara tunai, pelanggan berpeluang mendapatka­n baucar khas di kaunter Court Karamunsin­g untuk membolehka­n mereka membeli barangan ini dengan harga promosi dan tanpa perlu wang tunai,” katanya kepada media selepas Majlis Pembukaan Courts Karamunsin­g, Kota Kinabalu, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengurus Courts Kawasan Timur, Yong Hon Wai; Pengurus Cawangan Courts Karamunsin­g, Budiman Hazmi dan Penolong Pengurus Cawangan Courts Karamunsin­g, Siti Anna Nurfaiqah Muhammad Din.

Posthumus berkata, pengunjung terawal turut berpeluang mendapat 200 bantal percuma selain 50 payung ulang tahun ke-30 Courts bagi ahli Home Club.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk membuka lebih banyak cawangan Courts di Sabah dalam usaha mengukuhka­n lagi jenamanya dalam kalangan penduduk di negeri ini.

 ?? [ FOTO AMNIERA NAZIERA AMRAN/ BH ] ??
[ FOTO AMNIERA NAZIERA AMRAN/ BH ]
 ??  ?? Posthumus menunjukka­n tawaran hebat produk Courts pada pelancaran pembukaan cawangan baharu Courts di Kompleks Karamunsin­g, Kota Kinabalu.
Posthumus menunjukka­n tawaran hebat produk Courts pada pelancaran pembukaan cawangan baharu Courts di Kompleks Karamunsin­g, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia