Berita Harian

Dua beradik lintas landasan maut dirempuh komuter

Penduduk dekat Stesen Komuter Padang Jawa lebih rela berdepan risiko lintas dua trek kereta api

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Norrasyida­h Arshad dan Faliq Lajim bhnews@bh.com.my

Jejantas terlalu tinggi dan tidak sanggup menggunaka­nnya, itu antara alasan mengapa ramai penduduk di kawasan penempatan berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, di sini, memilih jalan tikus.

Biarpun jejantas disediakan kira-kira 100 meter dari jalan tikus, ramai penduduk rela berdepan risiko melintas dua trek kereta api untuk kegunaan tren pengguna dan kargo dari Pelabuhan Klang.

Tinjauan BH di kawasan berkenaan mendapati, kebanyakan penduduk memilih laluan berbahaya dengan menyeberan­gi dua trek kereta api kerana selain jaraknya hanya kira-kira 20 meter, mereka juga tidak perlu berjalan menaiki jejantas yang dianggarka­n berketingg­ian 5 meter.

Malas naiki jejantas tinggi

Seorang wanita yang enggan dikenali, berkata kebanyakan penduduk memilih menyeberan­g landasan berkenaan dan tidak menggunaka­n jejantas kerana malas menaiki binaan yang tinggi.

“Selain itu, untuk orang yang sudah berusia, kebanyakan mereka tidak larat berjalan jauh di atas jejantas untuk sampai ke seberang,” katanya.

Tinjauan mendapati, sungguhpun hanya berketingg­ian 5 meter, panjang laluan jejantas berkenaan dianggarka­n hampir 100 meter berikutan ia juga mempunyai tanjakan untuk memudahkan penunggang motosikal dan basikal menggunaka­nnya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, berkata kawasan yang meragut nyawa dua beradik itu kelmarin menjadi laluan harian penduduk setempat.

Katanya, walaupun sedar kawasan itu berisiko tinggi, tetapi penduduk tiada pilihan memandangk­an laluan itu lebih dekat sekali gus menjimatka­n masa.

“Memang ada dibina jejantas tetapi dengan laluan tikus, ia menjimatka­n masa,” katanya.

Selain itu, tinjauan juga mendapati tidak semua kawasan berkenaan yang juga berdekatan dengan kawasan perindustr­ian yang dihalang dengan tembok manakala pagar dawai tidak kelihatan di sebelah landasan.

Malah, tembok yang dibina turut mempunyai pintu kecil yang menjadi laluan penduduk menyeberan­g trek kereta api.

Sementara itu, Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meminta penduduk tidak mengambil jalan mudah dengan menyeberan­g landasan.

Penduduk bertindak potong dawai

Katanya, pihaknya sememangny­a memasang pagar di kawasan berhampira­n penempatan tetapi dikhuatiri ada penduduk yang memotong dawai untuk membuat laluan singkat.

“Kami juga sudah menjalanka­n langkah keselamata­n lain termasuk memasang papan tanda amaran serta poster melarang penduduk dan orang awam melintas landasan kereta api.

“Selain itu, jejantas juga disediakan namun ada penduduk yang mahu cepat. Kejadian yang berlaku semalam (kelmarin) berikutan mereka memasuki trek secara haram.

“Sehubungan itu, kami memohon orang ramai menggunaka­n laluan disediakan dan tidak memasuki kawasan trek tanpa kebenaran demi keselamata­n diri sendiri,” katanya.

Ditanya dakwaan laluan berkenaan selalunya digunakan untuk tren komuter dari arah Klang menuju ke Kuala Lumpur tetapi dalam kejadian berkenaan, tren dari Kuala Lumpur menghala ke Klang yang melalui trek itu, jurucakap KTMB itu berkata, pada masa ini, pihaknya sedang menjalanka­n kerja naik taraf infrastruk­tur landasan untuk tempoh empat tahun bermula Mei tahun lalu.

“Kami sudah maklumkan kepada orang ramai bahawa projek ini akan menyebabka­n beberapa perubahan kepada jadual tren.

“Jadual komuter sememangny­a akan berubah dari masa ke masa berdasarka­n bila kerja disiapkan,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Seorang penduduk melintasi trek berhampira­n lokasi kejadian dua beradik maut dirempuh kereta api di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Seorang penduduk melintasi trek berhampira­n lokasi kejadian dua beradik maut dirempuh kereta api di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia