Berita Harian

Budak hidap kanser mata henti rawatan susulan kerana tak mampu

Nor Batrisya henti rawatan susulan akibat kemiskinan keluarga

- Oleh Syaherah Mustafa

Melihat keceriaan dan kelincahan Nor Batrisya Rosli, 10, siapa menyangka di sebaliknya, kanak-kanak berkenaan menanggung derita akibat penyakit kanser mata yang dialami sejak berusia lapan bulan.

Berikutan penyakit itu, anak kedua daripada tiga beradik itu hilang mata kiri selepas menjalani pembedahan membuang mata di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, ketika berusia setahun.

Lebih menyedihka­n, Nor Batrisya hanya mampu menjalani rawatan susulan sehingga tahun 2014, berikutan kemiskinan keluarga selain kehilangan bapa pada tahun 2011 akibat serangan jantung.

Ibunya, Nor Mohd Arifin, 44, berkata anaknya disahkan menghidap kanser mata selepas mata Nor Batrisya membengkak dan melakukan pembedahan bagi mengelak ia merebak lebih teruk.

“Masalah kewangan dan pengangkut­an menyebabka­n saya tidak mampu meneruskan rawatan susulan Nor Batrisya termasuk menjalani kimoterapi yang sepatutnya dilakukan di HUSM.

“Sejak berhenti rawatan pada tahun 2014, saya tidak tahu bagaimana keadaan mata Nor Batrisya sama ada sudah bebas kanser atau sebaliknya. Ada ketikanya, Nor Batrisya mengadu sakit dan tidak selesa dengan mata kirinya namun masih aktif dan menjalani kehidupan seperti biasa termasuk ke sekolah setiap hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Chenok, di sini.

Keluarga itu menerima kunjungan wakil pertubuhan bukan kerajaan, Third Force Rantau Panjang.

Aktif walaupun sakit

Nor menyifatka­n anaknya yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, seorang yang cukup kuat berdepan penyakit dan aktif walaupun hakikatnya menghidap penyakit kanser.

“Saya tidak bekerja dan mengharapk­an pencen arwah suami. Selain menanggung tiga anak yang masih bersekolah, saya juga menjaga abang berusia 46 tahun yang mengalami masalah mental.

“Nor Batrisya sebelum ini menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan selama dua tahun iaitu dari tahun 2012 hingga 2013, namun dihentikan pada tahun 2014, dengan alasan kami mempunyai wang pencen,” katanya.

Sementara itu, wakil Third Force Rantau Panjang, Mohd Hatta Yaacob, berkata pihaknya akan berusaha membantu Nor Batrisya bagi membolehka­nnya mendapat rawatan susulan di HUSM.

“Kanak-kanak ini perlu dibantu kerana usianya yang masih muda dan berharap apa disumbangk­an sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban keluarga ini,” katanya yang juga berharap pihak bertanggun­gjawab turut membantu keluarga berkenaan.

Kanak-kanak ini perlu dibantu kerana usianya yang masih muda dan berharap apa disumbangk­an sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban keluarga ini” Mohd Hatta Yaacob, Wakil Third Force Rantau Panjang

 ??  ??
 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Nor menunjukka­n mata Nor Batrisya yang membengkak sejak berumur lapan bulan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Chenok.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Nor menunjukka­n mata Nor Batrisya yang membengkak sejak berumur lapan bulan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Chenok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia