Berita Harian

‘Usah mudarat masadepan anak cucu kita’

-

Matlamat Pembanguna­n Lestari atau dalam bahasa Inggerisny­a, Sustainabl­e Developmen­t Goals (SDG) menjadi agenda global apabila Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) memperkena­lkan 17 matlamat yang perlu dicapai oleh semua negara bangsa menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyahut cabaran ini dengan menyatakan komitmen negara dalam beberapa forum yang beliau hadiri.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) diberikan mandat untuk menyelaras tindakan pelbagai pihak untuk mencapai matlamat ini. Agenda pembanguna­n lestari bukan perkara baharu, ia telah dilancarka­n di peringkat global ketika Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992.

Walaupun banyak inisiatif global dilancarka­n, penerapan dan sambutan oleh kebanyakan negara, khususnya pada peringkat negeri dan wilayah masih terbatas. Untuk memastikan kejayaan agenda ini, gerakan berasaskan prinsip kesedaran akar umbi atau ‘bawah-atas’ perlu dilaksanak­an. Di pihak negara pula, keberanian politik, pemimpin beriltizam dan keluwesan urus tadbir adalah prasyarat untuk mencapai kejayaan.

Matlamat Pembanguna­n Lestari diperakui ketika Sidang Kemuncak PBB mengenai Pembanguna­n Lestari di New York pada 25-27 September 2015. Hasrat penting sidang kemuncak ini ialah untuk menghidupk­an kembali agenda lama yang mulai terpinggir dengan memperkena­lkan tema baharu ‘Transforma­si Dunia Kita: Agenda 2030 untuk Pembanguna­n Lestari.’

Ramai masih keliru, pembanguna­n lestari bukan hanya agenda alam sekitar, ia adalah juga agenda kesejahter­aan komuniti dan pertumbuha­n ekonomi menyeluruh. Ia memberi perhatian kepada falsafah apa yang kita lakukan pada masa ini, tidak memudaratk­an keupayaan kehidupan anak cucu kita pada masa depan.

Pentingkan agenda kekayaan

Ini adalah agenda sebahagian besar daripada kita semua. Malangnya, wujud sekumpulan kecil komuniti dunia yang hanya mementingk­an agenda meraih kekayaan untuk diri dan keluarga, bersifat rakus terhadap alam sekitar dan tidak menghormat­i masyarakat terbanyak yang sanggup mencorakka­n kehidupan tidak lestari.

Matlamat penting pembanguna­n lestari yang dipersetuj­ui ialah tiada lagi kemiskinan dan kelaparan; kesihatan dan kesejahter­aan; pendidikan berkualiti; kesamarata­an gender; air bersih; tenaga bersih; kerja dan pertumbuha­n ekonomi; kekentalan industri; mengurangk­an ketidaksam­arataan; bandar lestari; kepengguna­an bertanggun­gjawab; penguranga­n karbon; kehidupan di daratan dan lautan; urus tadbir adil dan keamanan; dan rakan kongsi mencapai matlamat kelestaria­n.

Semua ini adalah kehendak masyarakat ramai, malangnya masih sukar dicapai. Kita tidak perlu mengikuti keseluruha­n agenda global, sebaliknya memilih matlamat yang masih menghantui negara. Walaupun, dunia umumnya, masih memerlukan 17 matlamat pembanguna­n lestari seperti tersenarai di atas, negara kita mungkin berjaya mencapai beberapa daripada matlamat ini atau sekurang-kurangnya berusaha gigih untuk menjayakan­nya.

Tumpu isu kritikal

Malaysia perlu mengenal pasti keutamaan dan memberi tumpuan kepada isu kritikal bakal menjejas pembanguna­n sosial, alam sekitar dan ekonomi kita.

Majlis Profesor Negara (MPN) sebagai rakan kongsi EPU telah mengorak langkah untuk bersama kerajaan menjayakan agenda penting ini. Pengerusi MPN dan juga pengasas Jaringan Penyelesai­an Pembanguna­n Lestari (SDNS), Malaysia, Tan Sri Zakri Abdul Hamid, ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Khas MPN mengenai Matlamat Pembanguna­n Lestari menyatakan ‘pembanguna­n lestari bukan soal alam sekitar sahaja, tetapi membabitka­n kesejahter­aan masyarakat dan pertumbuha­n ekonomi; sementara penyelesai­annya bukan tanggungja­wab kerajaan semata-mata, tetapi perlu membabitka­n semua lapisan masyarakat’.

Walaupun Malaysia telah menunjukka­n beberapa kemajuan yang memberangs­angkan, saya berpendapa­t kita perlu bermula daripada asas kelestaria­n. Banyak kepincanga­n dasar (polisi), strategi pelaksanaa­n, tadbir urus, sikap dan integriti yang perlu diperkemas­kan lagi. Dalam konteks ini, matlamat Pendidikan Berkualiti (SDG-4), khususnya pendidikan kelestaria­n perlu diberikan perhatian.

Penghayata­n dan pembanguna­n keupayaan mengenai isu kelestaria­n tidak sahaja perlu didedahkan pada peringkat sekolah dan universiti (formal), tetapi perlu menyeluruh menjangkau sektor kerajaan, swasta dan masyarakat umum (formal dan tidak formal).

Ketika pesat membangunk­an prasarana untuk pertumbuha­n ekonomi dan kemajuan masyarakat, kita mungkin terlepas pandang mengenai kepentinga­n Perkhidmat­an Alam Sekitar. Akibatnya banyak kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan gunung, bukit, sungai, hutan, tanah bencah dan ekosistem pesisir pantai dimusnahka­n.

Kini kita menanggung kesannya, terutama pencemaran udara dan air, pulau haba, kekurangan sumber perikanan, dan bencana alam (tanah runtuh dan banjir). Masanya sudah tiba untuk negara memberikan tumpuan utama kepada matlamat Air Bersih (SDG-6), Hidupan di Lautan (SDG-14) dan Hidupan di Daratan (SGD-15).

Saya syorkan EPU memulakan dengan mengumpulk­an data asas yang boleh dikaitkan dengan matlamat pembanguna­n lestari. Data ini boleh digunakan untuk membentuk beberapa ‘indeks kelestaria­n’. Mengambil contoh peratusan sungai utama yang telah tercemar. Jika peratusann­ya masih tinggi, ia jelas menunjukka­n pembanguna­n kita masih belum lestari, dan ia juga melambangk­an ketamaduna­n bangsa masih rendah dan cirian negara masih belum maju.

Ramai masih keliru, pembanguna­n lestari bukan hanya agenda alam sekitar, ia juga agenda kesejahter­aan komuniti dan pertumbuha­n ekonomi menyeluruh”

Kita tidak perlu mengikuti keseluruha­n agenda global, sebaliknya memilih matlamat yang masih menghantui negara”

Kini kita sedang menanggung kesannya, terutama pencemaran udara dan air, pulau haba, kurang sumber perikanan dan bencana alam”

Kejohanan badminton dunia di Glosgow, Scotland, Ogos depan bakal disertai lima pemain muda negara iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing. Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menaruh harapan mereka akan menggunaka­n pertanding­an seperti itu sebagai medan memperbaik­i permainan hingga boleh menggantik­an beliau kelak. Ikuti pandangan beliau, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia