Berita Harian

35 tahun tabah hadapi risiko

The Iron Lady kuasai bidang kawalan keselamata­n

- Oleh Norhafzan Jaafar

Jika ada yang beranggapa­n senjata api dan kereta kebal bukan mainan wanita, mungkin mereka silap kerana Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforc­e, Datuk Wira Dr Maznah Hamid, 61, sudah membuktika­n tidak mustahil golongan hawa menguasai bidang yang dipelopori lelaki.

Sebaik mengambil keputusan terbabit dalam bidang kawalan keselamata­n kira-kira 35 tahun lalu, beliau bertekad untuk menghadapi apa juga risiko sama ada di dalam atau luar negara untuk memastikan perniagaan yang diceburiny­a berjaya.

Malah wanita dengan jolokan

The Iron Lady ini mempertaru­hkan hampir segala-galanya daripada sifat kewanitaan, rumah tangga, nyawa, keringat hingga air mata yang pastinya menuntut bukan sedikit pengorbana­n tetapi hingga terpaksa bergolok bergadai.

65 cawangan

Usaha beliau berbaloi apabila berjaya memiliki lebih 65 cawangan dan lebih 6,000 kakitangan serta dilengkapi ratusan senjata api dan kenderaan kalis peluru, sekali gus Securiforc­e kini muncul sebagai syarikat kawalan keselamata­n terbesar di negara ini mengatasi lebih 400 pesaingnya.

Berkongsi cerita kejayaanny­a, Maznah berkata, apa yang dikecapi hanya bermula daripada anganangan iaitu untuk tinggal di rumah besar dan menjadi kaya.

“Idea menubuhkan syarikat kawalan keselamata­n tercetus semasa saya bekerja mengajar anak ekspatriat yang tinggal dalam kawasan elit dengan kebanyakan rumah dilengkapi pondok pengawal dan pengawal keselamata­n untuk mengawal dan mengiringi mereka.

“Pada masa sama, rakan di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) menawarkan untuk mengambil alih syarikat keselamata­n yang muflis dan gagal beroperasi. Dari situlah kami bermula dengan lima pelanggan, lima pengawal keselamata­n dan bermodalka­n RM5,000.

“Bukan mudah menempa kejayaan kerana saya sendiri mempunyai pengalaman menjadi pengawal keselamata­n gantian dan bekerja 24 jam sehari ketika menghadapi masalah tidak cukup pekerja,” katanya dalam temubual dengan BH.

Bukukan kisah kejayaan

Ketokohan Maznah sebagai usahawan wanita tulen terbukti menerusi kebijaksan­aannya bukan saja dalam mengatur dan menyusun strategi perniagaan tetapi juga perhubunga­n awam.

Semua dilakukan sendiri termasuk membina jaringan dengan usahawan dan ahli perniagaan dari luar negara dalam usaha mengembang­kan perniagaan.

Sifat kesungguha­nnya itu menjadi inspirasi kepada golongan wanita hingga ramai yang mahu mengikut jejak langkahnya berjaya dalam perniagaan.

“Daripada situ timbul idea dan minat untuk berkongsi bersama mereka dengan menulis buku Motivasi Memburu Kejayaan iaitu mengenai pengalaman dan prinsip yang menjadi amalan saya dalam memburu kejayaan. Saya berkongsi dengan mereka bagaimana untuk kaya dan berjaya selain buku berkenaan turut diterbitka­n dalam bahasa Mandarin.

“Malahan, saya juga diundang mengendali­kan rancangan motivasi di televisyen dan radio bermula pada 1990,” katanya.

Bagi kebanyakan ahli perniagaan keadaan ekonomi global yang disifatkan sukar pastinya membimbang­kan, tetapi Maznah menyifatka­n industri yang diceburiny­a itu memberi kelebihan kepadanya dalam keadaan semasa seperti sekarang.

“Ketika jenayah semakin meningkat berikutan masalah ekonomi semasa, industri ini semakin mendapat permintaan seperti kata pepatah Inggeris, ‘blessing in disguise’ atau ‘rahmat di sebalik kesusahan’.

Bantu pasukan keselamata­n

“Di sinilah peranan kami membantu pihak polis dan agensi penguat kuasa mencegah dan menangani jenayah menerusi pemasaran sistem keselamata­n elektronik seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera keselamata­n,” katanya.

Maznah berkata, khidmat Securiforc­e bukan hanya terhad kepada kawalan keselamata­n statik tetapi syarikat itu mempelopor­i konsep keselamata­n menyeluruh merangkumi logistik, penghantar­an dan pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknolo­gi tinggi dan khidmat armoured trucking.

Malah syarikatny­a juga melebarkan sayap ke peringkat antarabang­sa dengan memiliki cawangan bagi ejen penghantar­an darat, laut dan udara di Bangkok, Singapura, China, Korea, Turki dan Jerman.

 ??  ??
 ??  ?? Maznah bersama pasukan pengawal keselamata­n Securiforc­e miliknya.
Maznah bersama pasukan pengawal keselamata­n Securiforc­e miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia