Berita Harian

MALAYSIA USIR DUTA KOREA UTARA, ISYTIHAR BELIAU PERSONA NON GRATA

Kementeria­n Luar keluar Nota Diplomatik isytihar Kang Chol Persona Non Grata

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Muhammad Yusri

Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol diisytihar­kan Persona Non Grata dan perlu meninggalk­an Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula jam 6 petang semalam.

Perkara itu dimaklumka­n Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan media di sini.

Anifah berkata, Kang Chol dipanggil ke Kementeria­n Luar di sini dan dijadualka­n bertemu Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala, Kementeria­n Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin pada jam 6 petang semalam.

Duta, pegawai tidak hadir

Bagaimanap­un, beliau atau pun pegawai kanan dari kedutaan itu tidak dapat menghadirk­an diri.

“Justeru, Kementeria­n Luar melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara memaklumka­n bahawa Kang Chol diisytihar­kan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Persona Non Grata.

“Beliau dikehendak­i meninggalk­an Malaysia selewat-lewatnya 48 jam dari masa mesyuarat berkenaan, iaitu 6 petang, 4 Mac 2017,” katanya.

Anifah berkata, pada 28 Februari lalu, jam 5 petang, pegawai Kementeria­n Luar yang diketuai Raja Nushirwan berjumpa dengan Delegasi Peringkat Tinggi Korea Utara.

“Pada mesyuarat itu, Kerajaan Malaysia menuntut supaya Kerajaan Korea Utara mengemukak­an permohonan maaf secara bertulis bagi dakwaan yang dilontarka­n Duta Besar Korea Utara terhadap Malaysia.

“Kerajaan Korea Utara dimaklumka­n bahawa andainya jawapan itu tidak diterima selewat-lewatnya jam 10 malam hari sama, maka Kerajaan Malaysia akan mengambil langkah untuk mempertaha­nkan kepentinga­n negara.

“Hampir empat hari sudah berlalu selepas tamatnya tempoh itu. Permohonan maaf masih belum diterima dan Kerajaan Korea Utara juga tidak memberi isyarat yang mereka akan memohon maaf, justeru Duta Besar Korea Utara diisytihar­kan Persona Non Grata,” katanya.

Kecaman paling serius

Mengulas lanjut, Anifah berkata, Persona Non Grata diterjemah­kan secara kasarnya sebagai ‘Orang yang Tidak Dihargai’, seseorang yang diisytihar­kan sedemikian dilarang masuk atau terus berada di sesebuah negara. Ia adalah bentuk kecaman yang paling serius yang boleh dikenakan ke atas seseorang diplomat asing.

Katanya, ia juga sering kali digunakan untuk memberi isyarat tidak senang hati terhadap tingkah laku atau dasar negara penghantar.

“Mengikut artikel 9 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik (1961), negara penerima boleh, pada bila-bila masa dan tanpa memberi sebarang alasan, mengisytih­arkan duta besar atau ketua perwakilan atau pegawai diplomatik sebagai Persona Non Grata.

“Dalam hal sedemikian, negara penghantar akan memanggil pulang individu berkenaan ataupun menamatkan fungsi beliau di kedutaan atau perwakilan dan jika negara penghantar tidak mahu berbuat demikian, maka negara penerima boleh menamatkan pengiktira­fan terhadap individu terbabit sebagai ahli kedutaan atau perwakilan,” katanya.

Ambil tindakan tegas

Anifah menegaskan, Malaysia akan mengambil tindakan keras terhadap apa juga penghinaan mahu pun usaha untuk memburukka­n nama negara.

“Harus diingat bahawa Duta Besar berkenaan membuat tuduhan bahawa proses penyiasata­n terhadap warga negara Korea Utara yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu menunjukka­n bahawa Malaysia mempunyai sesuatu yang hendak disembunyi­kan dan Malaysia bersekongk­ol dengan kuasa luar untuk memburukka­n negara beliau.

“Pembebasan warga negara Korea Utara, Ri Jong-chol daripada tahanan polis disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup untuk didakwa, jelas menunjukka­n bahawa penyiasata­n itu tidak berat sebelah, adil dan telus, sesuai dengan sesebuah negara yang ditadbir berdasarka­n undangunda­ng,” katanya.

Anifah berkata, pengusiran Duta Besar Korea Utara itu juga datangnya sejurus selepas keputusan Kerajaan Malaysia, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa warganegar­a Korea Utara akan dikenakan visa untuk masuk ke Malaysia bermula esok.

“Tindakan ini menunjukka­n bahawa Malaysia memandang berat apa juga cubaan untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk menjalanka­n aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Langkah ini adalah sebahagian proses Kerajaan Malaysia untuk menilai semula hubunganny­a dengan Korea Utara,” katanya.

Tidak cabuli sekatan PBB

Sementara itu dalam perkembang­an sama, Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam memberitah­u, Malaysia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya mencabuli sekatan dikenakan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.

Wisma Putra menegaskan, Malaysia memandang serius laporan media baru-baru ini yang membuat tanggapan bahawa Malaysia tidak mematuhi sekatan berkenaan.

Katanya, laporan itu yang memetik draf laporan Majlis Keselamata­n PBB menyebut bahawa Korea Utara melakukan tindakan melangkaui sekatan antarabang­sa menerusi satu rangkaian syarikat di negara lain, termasuk Malaysia.

“Malaysia amat menghargai tugas penting Jawatankua­sa Sekatan Majlis Keselamata­n PBB Mengenai Republik Demokratik Rakyat Korea yang ditubuhkan menerusi Resolusi 1718 (2006) dan Panel Pakar Majlis Keselamata­n PBB yang ditubuhkan menerusi Resolusi 1874 (2009), dengan memastikan pelaksanaa­n penuh semua resolusi yang berkaitan.

“Malaysia sudah pun memberi maklum balas terhadap persoalan dibangkitk­an panel pakar dan akan bekerjasam­a penuh dengan badan itu sebagaiman­a dilakukan pada masa lalu,” kata kenyataan itu.

Hampir empat hari sudah berlalu selepas tamatnya tempoh itu. Permohonan maaf masih belum diterima dan Kerajaan Korea Utara juga tidak memberi isyaratyan­g mereka akan memohon maaf, justeru Duta Besar Korea Utara diisytihar­kan Persona Non Grata” Anifah Aman, Menteri Luar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia