Berita Harian

‘Mungkin Seluruh England terakhir saya’

-

Seperti semua sedia maklum, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mewujudkan Projek Khas diketuai jurulatih perseorang­an, Hendrawan selain Tey Seu Bock bagi membantu saya melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan.

Selain saya, ada lima lagi pemain yang diletakkan di bawah projek ini. Mereka ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing. Saya percaya ramai yang menganggap kewujudan Projek Khas ini adalah bagi meleraikan masalah yang timbul antara saya dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen. Keputusan sudah dibuat dan saya menerima dengan hati terbuka.

Saya tidak mahu lagi memikirkan mengenai masalah ini. Lebih baik saya fokus terhadap persiapan diri memandangk­an tahun ini ada beberapa kejohanan utama yang perlu dihadapi termasuk Kejohanan Dunia. Sepanjang konflik membabitka­n saya dengan Frost, saya tahu ramai memberi komen negatif terhadap saya. Namun, saya tidak kisah kerana mereka yang berada di luar tidak mengetahui situasi sebenar.

Kini, saya berasa lebih selesa kerana semua perkara berkaitan program latihan atau kejohanan, saya hanya berbincang dengan Hendrawan dan Seu Bock. Sebenarnya, sejak dulu lagi saya sudah mengamalka­n pendekatan ini yang mana saya hanya meluahkan pandangan atau masalah kepada jurulatih. Selebihnya, jurulatih yang akan menguruska­nnya.

Fokus persiapan diri sendiri

Sebagai pemain saya fikir lebih baik kita tidak dihantui dengan perkara lain kerana fokus utama adalah persiapan diri sendiri. Jika kita terlalu fikirkan mengenai masalah, ia akan memberi kesan kepada mental kita sekali gus akan menjejaska­n prestasi kita. Secara peribadi, saya merasakan kewujudan Projek Khas ini adalah sesuatu yang positif. Saya sedar matlamat utama adalah bagi membantu saya mencapai impian merangkul gelaran juara dunia di Glasgow nanti.

Namun, saya mahu menjadikan­nya projek serampang dua mata yang mana ini adalah peluang untuk saya membantu meningkatk­an prestasi lima lagi pemain yang turut berada dalam projek ini. Saya akan bekerjasam­a dengan Hendrawan dan Seu Bock untuk mencari formula terbaik bagi membantu lima pemain ini dalam usaha menjadikan mereka pemain bertaraf dunia dan boleh mengambil alih tempat saya apabila saya bersara nanti.

Lahirkan pemain setaraf

Untuk menjadikan mereka seperti saya, ia memang sukar. Seperti yang saya katakan sebelum ini, untuk melahirkan seorang lagi Chong Wei, 20 atau 30 tahun lagi belum tentu ada. Namun, saya fikir lebih baik kita fokus untuk melahirkan pemain setaraf seperti Wong Choong Hann atau Muhamad Hafiz Hashim. Kita bantu pemain ini meningkatk­an prestasi mereka dari satu tahap ke satu tahap.

Jadi, saya akan bincang dengan Hendrawan dan Seu Bock mengenai cara bagaimana nak bantu pemain muda ini. Bagaimanap­un, mereka juga perlu beri komitmen dan memiliki kemahuan yang tinggi untuk berjaya.

Pemain muda sekarang bertuah kerana mereka dihantar menyertai banyak kejohanan antarabang­sa. Ini adalah pendedahan yang baik untuk mereka untuk menimba pengalaman. Mereka perlu pastikan setiap kejohanan yang disertai, mereka belajar sesuatu. Daripada situ, baru boleh mereka meningkatk­an prestasi.

Dalam hal ini, saya juga ingin tegaskan, kewujudan Projek Khas bukanlah bermakna acara perseorang­an lelaki kini berpecah kepada dua kumpulan. Pemain yang berada dalam satu lagi kumpulan di bawah bimbingan jurulatih, Indra Wijaya juga perlu diberi fokus.

Saya percaya kami boleh bekerjasam­a bagi melahirkan pemain bertaraf dunia. Lagipun, sejak dulu lagi memang kerjasama ini sudah terjalin, semua pihak saling membantu demi kepentinga­n badminton negara.

Di kesempatan ini, saya memohon kepada seluruh peminat badminton tanah air untuk mendoakan kejayaan saya bersama pemain lain yang akan beraksi pada saingan Seluruh England yang akan bermula Selasa ini.

Selepas saya mengalami kecederaan lutut pada 4 Februari lalu, saya sangat kecewa kerana saya merasakan peluang untuk saya menyertai kejohanan pertama saya bagi 2017 sudah tertutup. Ketika itu, pasukan perubatan menjangkak­an saya perlu menjalani proses pemulihan sekurang-kurangnya sebulan.

Namun, saya enggan berputus asa dan bekerja keras bagi memastikan saya pulih sepenuhnya sebelum kejohanan bermula. Kini, saya diberi lampu hijau oleh jurulatih untuk menyertai Seluruh England kerana sudah pulih. Fokus sekarang adalah untuk mempersiap­kan diri sendiri menghadapi setiap lawan saya nanti. Memang agak sukar untuk kembali pada tahap prestasi sebenar apa lagi baru pulih daripada kecederaan.

Nak kata sudah pulih 100 peratus pun tidak boleh dan saya akui masih ada rasa sedikit sakit dan takut-takut. Namun, mental saya perlu kuat. Apa yang membuatkan saya benar-benar mahu beraksi pada Seluruh England kali ini adalah disebabkan ia mungkin menjadi penampilan terakhir saya pada kejohanan berprestij itu.

Saya percaya ramai yang menganggap kewujudan Projek Khas ini adalah bagi meleraikan masalah yang timbul antara saya dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen” Untuk menjadikan mereka seperti saya, ia memang sukar. Seperti yang saya katakan sebelum ini, untuk melahirkan seorang lagi Chong Wei, 20 atau 30 tahun lagi belum tentu ada” Saya percaya kami boleh bekerjasam­a bagi melahirkan pemain bertaraf dunia. Lagipun, sejak dulu memang kerjasama ini sudah terjalin, semua pihak saling membantu demi kepentinga­n badminton negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia