Berita Harian

Maahad tahfiz tak daftar punca gagal dapat visa

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Luar mengesahka­n Maahad Tahfiz Makkah Al Mukarramah (MTMA) yang beroperasi sejak 2003 tidak didaftarka­n melalui Sektor Sekolah Al Azhar (Qita’ al-ma’ahid alazhariyy­ah).

Disebabkan itu sehingga kini, pengurusan maahad berkenaan gagal mendapatka­n visa pelajar.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata selama ini, pelajar MTMA menggunaka­n visa pelancong bagi tempoh tiga bulan berikutnya.

Beliau berkata, MTMA dimiliki seorang warga Malaysia yang juga Pengarah Eksekutif Miqat Consultant, Muhammad Idris Ibrahim.

“Kegagalan pengurusan MTMA mendapatka­n visa sah bagi pelajarnya adalah sebab utama mereka ditahan pihak berkuasa Mesir.

“Jika MTMA berdaftar dengan pihak Al Azhar, mereka tidak akan menghadapi masalah mendapatka­n visa daripada Kerajaan Mesir.

“Pihak pengurusan MTMA memerlukan ‘surat tiada halangan’ (bagi tujuan pelanjutan visa pelancong) daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk memproses visa.

“Sejak 1 April 2016, KBMK menghentik­an pengeluara­n ‘surat tiada halangan’ kepada syarikat atau individu Malaysia yang tidak berdaftar secara sah di Mesir bagi memastikan warga Malaysia patuh undang-undang Mesir,” katanya kepada BH, semalam.

Pada 27 Februari lalu, 126 pelajar Malaysia berusia 10 hingga 22 tahun yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz, Al Sharqia, Mesir ditahan polis kerana tidak memiliki visa belajar yang sah atau tamat tempoh.

Reezal Merican berkata, KBMK memberi bantuan kepada semua pelajar terbabit sejak hari pertama ditahan selain memantau rapi perkembang­an mereka.

Katanya, pihak kedutaan mendapat kerjasama baik daripada imigresen dan polis Mesir, sekali gus memudahkan urusan penghantar­an pulang kesemua pelajar itu.

Beliau menasihatk­an rakyat Malaysia yang mahu melanjutka­n pengajian di Mesir pada peringkat sekolah menengah atau universiti, menghubung­i Wisma Putra, Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) atau KBMK bagi khidmat nasihat berhubung pengajian di negara itu.

 ??  ?? Reezal Merican Naina Merican
Reezal Merican Naina Merican

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia