Berita Harian

Skuad TLHT cipta sejarah

Muncul juara liga pada penampilan sulung

- Oleh Faizul Azlan Razak

Pasukan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) menamatkan saingan penuh bergaya dengan mencipta sejarah selaku juara Liga Hoki Wanita Malaysia dalam kemunculan sulungnya musim ini.

Dalam aksi terakhir, TLHT tidak berdepan masalah apabila membelasah pasukan Persatuan Hoki Daerah Johor Bahru (JBDHA) 5-0 di Stadium Hoki Batu Buruk, petang semalam.

Lebih manis, pasukan bimbingan Mohd Asri Abd Aziz merakamkan sembilan kemenangan dan satu seri daripada 10 perlawanan.

Satu-satunya pasukan yang gagal ditewaskan TLHT dalam liga itu adalah PKS-UNITEN-KPT apabila keduadua pasukan seri 1-1 pada aksi Februari lalu.

Dalam aksi terakhir, tuan rumah membuka jaringan menerusi pakar pukulan sudut penalti, Nuraini Abdul Rashid pada minit ke8.

Seminit selepas itu, TLHT menambah gol kedua menerusi pemain kebangsaan Norazlin Sumantri hasil permainan satu dua dengan Hanis Nadiah Onn.

Buru jaringan

Pada minit ke-12, tuan rumah terus garang apabila berjaya membolosi gawang pelawat menerusi Hanis Nadiah berpunca pukulan sudut penalti.

Bagaimanap­un, pelawat cuba memberi saingan memburu jaringan, namun gagal apabila tuan rumah berjaya menutup segala ruang dan mematahkan gerakan yang dilakukan.

Pada minit ke-50, Nuraini sekali lagi membuktika­n peledaknya berbisa apabila menghasilk­an jaringan keempat melalui pukulan sudut penalti.

Berbaki dua minit permainan tamat, Wan Norfaiezah Mohd Saiuti meledak jaringan kelima pasukannya hasil bola padang.

“Misi utama kita muncul juara liga sudah terlaksana dan kini mahu memastikan kejuaraan kedua merebut Piala Vivian Soars juga menjadi milik mereka musim ini.

“Malah, dua pasukan iaitu, Blue Warrior dan PKS-UNITEN-KPT masih menjadi pencabar utama dalam usaha meraih piala kedua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia