Berita Harian

Nor Hashimah puas lakukan aktiviti lasak

Aktiviti lasak mampu bina keyakinan diri

- Oleh Jumiati Rosly

Memilih aktiviti yang mendekatka­n diri dengan alam sekitar, pemain boling padang negara, Nor Hashimah Ismail mengakui aktiviti itu membantuny­a dalam membina keyakinan yang lebih tinggi.

Mahu mencari suasana yang berbeza, Hashimah berkata dia menggemari pelbagai aktiviti yang membabitka­n alam sekitar daripada mendaki gunung, berkhemah di hutan, pergi ke pulau atau pun memancing di laut.

“Alhamdulil­lah setakat ini saya atau pun kawan-kawan tidak pernah mengalami peris- tiwa hitam atau pun sesat ketika memanjat gunung atau pun ketika memancing.

“Pergi ke tempat-tempat macam itu, kita mesti kuatkan mental untuk tak rasa takut dan secara tak langsung ia membina keyakinan diri. Kadang kala memang ada rasa takut apabila ada kawan yang terasa sesuatu tetapi semua itu hanyalah mainan perasaan,” katanya yang turut mengamalka­n petua dan pesanan orang lama.

Minat panjat gunung

Hashimah berkata dia sudah lama menyertai aktiviti mendaki gunung dengan sebelum ini aktif bersama kelab mendaki ketika bertugas di Majlis Perbandara­n Klang.

“Pada masa itu, kelab kami memang aktif dalam mendaki gunung dan antara gunung yang pernah saya daki ialah Gunung Hijau dan juga Gunung Jerai.

Aktiviti pendakian

“Tetapi selepas menjadi atlet sepenuh masa, saya terpaksa memperlaha­nkan aktiviti dan memilih pendakian yang tidak terlalu tinggi disebabkan lebih berisiko,” katanya yang sudah 24 tahun menyertai sukan boling padang.

Katanya, buat masa sekarang Bukit Broga sering menjadi pilihan baginya dan beberapa kenalan yang mempunyai minat yang sama untuk melepaskan rindu mendaki gunung dengan kali terakhir mendakinya pada Januari lalu.

 ??  ??
 ??  ?? Nor Hashimah (kanan) bersama rakan-rakannya sebelum menyertai aktiviti mendaki Bukit Broga.
Nor Hashimah (kanan) bersama rakan-rakannya sebelum menyertai aktiviti mendaki Bukit Broga.
 ??  ?? Aktiviti Nor Hashimah (kiri) ketika berkhemah di Janda Baik.
Aktiviti Nor Hashimah (kiri) ketika berkhemah di Janda Baik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia