Berita Harian

KL rangka strategi menyelamat

Majlis Keselamata­n Negara (MKN) adakan mesyuarat tergempar. Perdana Menteri berkata fokus utama pastikan keselamata­n, bawa pulang warga kita di Korea Utara dan beri jaminan akan lakukan segala terdaya

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Mohd Iskandar Ibrahim, Khairul Azran Hussin dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n Negara (MKN) yang dipengerus­ikan Datuk Seri Najib Razak semalam antara lain mencari jalan penyelesai­an isu antara Malaysia dan Korea Utara dengan keutamaan untuk membawa pulang 11 rakyat kita yang dijadikan tebusan oleh Pyongyang.

Ini susulan tindakan Pyongyang melarang semua rakyat negara ini daripada meninggalk­an Korea Utara, seperti dilaporkan agensi berita KCNA iaitu media rasmi Korea Utara.

Perdana Menteri menerusi blog rasminya malam tadi berkata, keselamata­n semua rakyat Malaysia di Korea Utara dan usaha membawa mereka pulang, menjadi keutamaan kerajaan.

“Sekembalin­ya dari Jakarta, saya mempengeru­sikan mesyuarat tergempar MKN dan saya sudah diberi taklimat terperinci mengenai situasi semasa. Saya faham perasaan dan kebimbanga­n keluarga serta rakan. Justeru, fokus utama kita adalah memastikan keselamata­n serta membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan memberi jaminan akan melakukan segala yang terdaya untuk memastikan semua rakyat Malaysia pulang ke tanah air dengan selamat.

Cara terbaik selesai isu

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) pula berkata, mesyuarat selama 45 minit yang diadakan di Pangkalan TUDM Subang itu untuk melihat cara terbaik menyelesai­kan isu antara dua negara. Ia diadakan sejurus Perdana Menteri tiba dari Jakarta selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Persatuan Negara-negara Pesisir Lautan Hindi (IORA).

Beliau berkata, selain Najib, mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Komunikasi; Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Yang turut menghadiri mesyuarat tergempar itu adalah Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Pengarah MKN, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali; Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar, Datuk Ramlan Ibrahim dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Dalam satu kenyataan, pagi semalam pula, Najib mendesak Korea Utara membebaska­n semua rakyat Malaysia di negara itu yang dijadikan tebusan dalam kadar segera.

Perdana Menteri berkata, penahanan rakyat Malaysia sebagai tebusan itu adalah tindakan keji, selain melanggar semua undangunda­ng antarabang­sa serta norma diplomatik.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalk­an negara itu,” katanya.

Beliau juga mengarahka­n Ketua Polis Negara menghalang semua rakyat Korea Utara daripada meninggalk­an Malaysia, sehinggala­h kerajaan memastikan keselamata­n rakyat negara ini di Korea Utara.

Komited kekal hubungan

“Malaysia komited mengekalka­n hubungan dengan semua negara, namun keselamata­n rakyat negara tetap menjadi keutamaan, dan kami tidak teragak-agak mengambil apa jua langkah diperlukan jika mereka diancam.

“Kami mengharapk­an satu resolusi secepat mungkin. Saya menyeru pemimpin Korea Utara membebaska­n rakyat Malaysia bagi mengelakka­n perkara ini menjadi bertambah buruk,” katanya.

Sebelas rakyat Malaysia yang berada di Pyongyang sekarang terdiri daripada tiga kakitangan kedutaan Malaysia, iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik yang juga Kaunselor kedutaan, Mohd Nor Azrin Md Zain; Pembantu Peribadi kepada Duta Besar, Noor Saidah Jamaluddin serta Pembantu Pentadbira­n, Nirmala Malar Kodi Singaram.

Baki lagi lapan warga Malaysia adalah ahli keluarga kepada dua kakitangan, iaitu Mohd Nor Azrin dan Noor Saidah, serta dua sukarelawa­n program bantuan makanan sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang identitiny­a tidak dapat dipastikan.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara yang bermula sejak 1973, menjadi tegang sejak kes kematian Kim Jongnam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

Keadaan menjadi kusut apabila Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, menuduh Malaysia berkomplot dengan pihak luar dalam siasatan pembunuhan Jong-nam, yang kemudian membawa kepada pengusiran­nya, kelmarin.

Malaysia komited mengekalka­n hubungan dengan semua negara, namun keselamata­n rakyat negara tetap menjadi keutamaan dan kami tidak teragak-agak mengambil apa jua langkah diperlukan jika mereka diancam” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Datuk Seri Najib Razak mempengeru­sikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n Negara (MKN) semalam susulan tindakan Korea Utara menyekat rakyat Malaysia daripada meninggalk­an negara itu. Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...
[ FOTO BERNAMA ] Datuk Seri Najib Razak mempengeru­sikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n Negara (MKN) semalam susulan tindakan Korea Utara menyekat rakyat Malaysia daripada meninggalk­an negara itu. Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia