Berita Harian

Kronologi krisis diplomatik Kl-pyongyang

-

3 . 0 2 .

→ Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jongun, dibunuh menggunaka­n racun di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

5 . 0 2 . 1 7

→ Polis menahan wanita Vietnam Doan Thi Huong, 29, jam 8.20 pagi di klia2 selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup.

6 . 0 2 . 1 7

→ Wanita warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, ditahan di sebuah hotel di Ampang, kira-kira jam 2 pagi, bersama teman lelakinya, seorang lelaki tempatan, berusia 26 tahun.

0 7 . 0 3 . 1 7

→ 11.14 pagi: Pyongyang melarang semua rakyat Malaysia daripada meninggalk­an Korea Utara → 11.41 pagi: Malaysia mengeluark­an arahan melarang kakitangan dan pegawai Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur daripada meninggalk­an negara ini. → 1.37 tengah hari: Perdana Menteri meminta kerajaan Korea Utara membebaska­n segera semua rakyat Malaysia di negara itu. Turut arahkan semua rakyat Korea Utara di Malaysia dilarang keluar dari negara ini. → 6.00 petang: Perdana Menteri mempengeru­sikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n Negara bincang tindakan Pyongyang jadikan 11 rakyat Malaysia tebusan.

1 7 . 0 2 . 1 7

→ Duta Korea Utara,kang Chol, mendakwa Malaysia sengaja menolak permohonan mereka untuk membawa pulang mayat Jong-nam, selain mendakwa Malaysia bersekongk­ol dengan musuhnya dan menyembuny­ikan fakta siasatan. → Empat lelaki Korea Utara lingkungan umur 30 hingga 50-an diburu.

0 3 . 0 3 . 1 7

→ Pakar kimia, Ri Jong-chol, 47, diusir ke negara asalnya selepas tamat tempoh tahanan reman. → Bukit Aman mengeluark­an waran tangkap terhadap Kim Uk-il, pekerja syarikat penerbanga­n Korea Utara, Air Koryo.

0 4 . 0 3 . 1 7

→ Wisma Putra memanggil Kang Chol, namun tidak menghadirk­an diri. → Kang Chol diisytihar­kan sebagai Persona Non Grata dan diberi masa 48 jam untuk keluar Malaysia.

0 5 . 0 3 . 1

→ Korea Utara bertindak balas dengan mengisytih­arkan Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad sebagai Persona Non Grata.

0 2 . 0 3 . 1

→ Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n warga Korea Utara yang mahu datang ke Malaysia perlu mendapatka­n visa mulai 6 Mac 2017. → Korea Utara mahu sampel ejen sarafvx dihantar ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di The Hague, Belanda untuk dianalisis.

1 8 . 0 2 .

→ Pakar kimia Korea Utara, Ri Jong-chol, 47, ditahan dalam serbuan di sebuah kondominiu­m di Jalan Kuchai Lama, pada jam 9.50 malam.

1 9 . 0 2 . 1 7

→ Kang Chol menafikan rakyatnya yang mati dibunuh di klia2 pada 13 Februari lalu adalah Kim Jong-nam, sebaliknya menegaskan mangsa adalah Kim-chol.

2 0 . 0 2 . 1 7

→ Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad dipanggil pulang.

2 1 . 0 2 . 1 7

→ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatka­n kenyataan Duta Besar Korea Utara ke Malaysia sebagai tidak wajar dan biadab. 2 . 0 2 . 1 7 → Kedutaan Korea Utara di Malaysia sekali lagi mempersoal­kan prosedur siasatan kes bunuh Jong-nam. → Duta Besar Malaysia di Pyongyang tiba di ibu negara. → Tujuh rakyat Korea Utara dicari untuk disoal siasat, termasuk setiausaha kedua kedutaan itu di Kuala Lumpur.

2 4 . 0 2 . 1 7

→ Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, mengesahka­n cecair misteri digunakan untuk membunuh Jong-nam dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

0 1 . 0 3 . 1 7

→ Siti Aisyah dan Thi Huong didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia