Berita Harian

37 warga Korea Utara ditahan

- Oleh Mohd Roji Kawi dan Kandau Sidi kandau@bh.com.my

Seramai 37 warga Korea Utara ditahan di Kuala Tatau di sini, semalam, kerana tinggal melebihi masa, selain menyalahgu­nakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di Sarawak.

Semua pekerja tanpa izin itu diberi tempoh 30 hari untuk meninggalk­an negeri ini atas tanggungan sendiri, termasuk membeli tiket penerbanga­n pulang ke negara asal.

Sumber memberitah­u BH, pekerja terbabit ditahan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Tatau di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen dalam operasi khas antara jam 10 pagi hingga 1.30 tengah hari.

Operasi turut dibantu Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin, bertindak atas maklumat risikan.

Malah, sumber memberitah­u operasi itu juga susulan larangan keluar terhadap warga Korea Utara, arahan penggunaan visa yang berkuat kuasa, Khamis lalu susulan situasi semasa hubungan diplomatik Malaysiako­rea Utara.

“Rekod Jabatan Imigresen menunjukka­n semua pekerja terbabit pernah memohon permit kerja sebelum ini, namun tidak diluluskan atas sebab keselamata­n.

“Mereka tidak boleh menya lahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram dan tinggal melebihi masa,” katanya.

Menurut sumber, setiap pekerja itu akan dikenakan kompaun RM300 atas kesalahan tinggal melebihi tempoh dibenarkan, selain bayaran RM100 untuk pengeluara­n pas khas selama 30 hari bagi tujuan pengusiran.

170 warga Korea Utara di Sarawak

Difahamkan, ketika ini ada kirakira 170 warga Korea Utara yang bekerja di Sarawak, dengan kebanyakan­nya dalam sektor perlombong­an arang batu, pembinaan empangan hidroelekt­rik, selain infrastruk­tur perhubunga­n, termasuk jambatan.

Selain Sri Aman, lokasi lain di negeri ini terdapat komuniti Korea Utara ialah di Bintulu dan Lawas.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg ketika mengulas isu menyekat warga Korea Utara keluar dari Malaysia, memaklumka­n pergerakan warga berkenaan di negeri ini sentiasa dipantau rapi.

Malah, katanya, beliau sedang berbincang dengan agensi berkaitan, termasuk pasukan keselamata­n berhubung isu itu memandangk­an Sarawak adalah lokasi utama warga negara itu bekerja selepas Kuala Lumpur.

“Kita juga menunggu maklum balas selanjutny­a daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dan Kementeria­n Luar berhubung warga Korea Utara yang bekerja di Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

 ??  ?? Abang Johari ditemubual media Sarawak di Kuching, semalam.
Abang Johari ditemubual media Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia