Berita Harian

Kewajaran tindakan persona non grata

-

Dalam dunia diplomasi, istilah ‘persona non grata’ (bagi seorang) dan ‘personae non grata’ (bagi ramai) dalam bahasa Latin bererti ‘orang yang tidak dihargai’. Dalam bahasa kasar, istilah itu bererti ‘orang yang tidak diingini’ atau disukai. Apabila seorang warga asing atau diplomat asing di sini diisytihar persona non grata, maksudnya kita tidak mahu lagi orang atau diplomat itu terus ada di sini.

Dia mesti tinggalkan negara ini secara sukarela dalam tempoh terdekat ditetapkan; jika enggan, dia akan diusir secara paksa. Sekiranya ketika perisytiha­ran itu dibuat, orang itu berada di luar negara ini, dia tidak akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Perisytiha­ran ini satu bentuk kecaman atau pernyataan murka paling serius sebuah negara kepada diplomat asing, memandangk­an sebagai diplomat asing, dia menikmati kekebalan diplomatik dari ditangkap dan dikenakan apa jua prosiding di mahkamah.

Sebelum perisytiha­ran ke atas Duta Korea Utara, Kang Chol dibuat, pada 28 Februari, pegawai Wisma Putra menemui delegasi Korea Utara meminta Pyongyang memohon maaf secara rasmi kepada kerajaan negara ini ekoran tuduhan liar Duta mereka sebelum itu. Selepas empat hari berlalu, tiada permohonan maaf diterima. Sebab itu duta negara itu diisytihar­kan persona non grata.

Tuduhan melulu

Tindakan keras terhadap duta ini kerana menuduh proses siasatan terhadap warganegar­a Korea Utara yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu menunjukka­n Malaysia menyembuny­ikan dan bersekongk­ol dengan kuasa luar untuk memburukka­n negaranya.

Di bawah Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, negara penerima boleh pada bila-bila masa dan tanpa menyatakan sebabnya, mengisytih­ar mana-mana diplomat negara asing sebagai persona non grata. Diplomat terbabit dianggap tidak lagi diterima negara ini dan hendaklah dipanggil pulang ke negara asalnya.

Andainya dia tidak dipanggil pulang dan terus ada di negara penerima, negara itu boleh enggan mengiktira­f orang itu sebagai diplomat. Mungkin Malaysia belum pernah mengisytih­ar seorang Duta Besar atau Kepala Misi negara luar sebagai persona non grata dan mengusirny­a. Hakikatnya tindakan sedemikian ini amalan biasa dan banyak kali dilakukan.

Misalnya, pada 3 November 2009, Kerajaan Fiji mengisytih­ar beberapa diplomat Australia dan New Zealand sebagai personae non grata. Sehari selepas itu, Kerajaan Australia dan New Zealand mengisytih­ar diplomat Fiji di negara mereka sebagai persona non grata dan diberi notis 24 jam keluar dari negara berkenaan.

Pada 11 Mac, 2011, Donald Trump diisytihar persona non grata oleh Majlis Perbandara­n Bandaraya Panama, disebabkan temu bual dengan wakil media di negara itu. Trump menyatakan Amerika Syarikat (AS) bertindak bodoh menyerahka­n Terusan Panama tanpa mendapat balasan setimpal.

Pada 30 Mac 2011, Menteri Luar Kuwait mengisytih­ar tiga diplomat Iran (termasuk duta) sebagai personae non grata kerana pengintipa­n dan perisikan. Perintah usir dikeluarka­n oleh Emir Kuwait.

Pada 1 Mei 2011, Duta Libya ke United Kingdom, Omar Jelban, diberi notis 24 jam meninggalk­an negara itu setelah diisytihar persona non grata oleh Menteri Luar UK, William Hague. Perintah usir dibuat selepas bangunan kedutaan Britain di Tripoli diserang berikutan kematian anak Kolonel Muammar Gaddafi dalam serangan udara NATO.

Pada 23 November 2013, Mesir mengisytih­ar Duta Turki ke negara itu, Huseyin Avni Botsali sebagai persona non grata selepas Kaherah dikecam dan dikutuk Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, selepas Presiden Mesir, Mohamed Morsi, diguling.

Pada 29 Disember 2016, 35 diplomat Russia diisytihar personae non grata oleh AS ekoran campur tangan didalangi Kremlin dalam Pilihan Raya Presiden 2016. Russia kemudian mengisytih­ar 35 diplomat AS di negara itu sebagai personae non grata. Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, dipetik sebagai berkata pada 30 Disember bahawa negaranya tidak boleh berdiam diri setelah dihina sedemikian rupa oleh AS: “Saling membalas tindakan adalah undang-undang diplomasi dan hubungan antarabang­sa.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia