Berita Harian

Kisah Mariam masih segar walaupun sedekad berlalu

BH gigih bantu kesan waris wanita Malaysia terkandas di Korea Selatan

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Walaupun sudah sedekad kisah seorang wanita rakyat Malaysia terkandas di Korea Selatan selama 64 tahun yang mencari tiga anaknya di Johor disiarkan BH, ia masih segar terpahat dalam ingatan waris keluarga itu.

Anak kedua Allahyarha­m Mariam Johari, Jelani Suni, 80, yang juga satu-satunya anaknya yang masih hidup, tidak pernah melupakan kisah yang ‘menggegark­an’ negara pada Jun 2007 itu.

Jelani berkata, sehingga hari ini keluargany­a, terutama anak lelaki beliau, Muhd Shafiq, 24, akan mengunjung­i kubur arwah neneknya setiap minggu yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam, kira-kira 7 kilometer dari rumahnya di Taman Kota Jaya, di sini.

Katanya, keratan akhbar berhubung kepulangan ibunya ke tanah air pada 5 September 2007 sebelum pulang semula ke Korea Selatan sehingga meninggal dunia pada September 2009, disimpan rapi di dalam dua buku yang dibuat khas untuk tujuan dokumentas­i.

“Saya dan kakak, Ramlah yang meninggal dunia pada 2014 dan adik, Jamnah yang meninggal dunia setahun kemudian, berterima kasih kepada media Malaysia, terutama BH yang banyak membantu kami mengesan dan membawa pulang arwah mak ketika itu.

Hargai bantuan, usaha BH

“Saya juga berterima kasih kepada produksi Korea Broadcasti­ng System (KBS) yang bertungkus lumus mengesan waris mak yang terlalu ingin mencari tiga anaknya, meskipun kami tiga beradik memikirkan ibu sudah tiada (meninggal dunia),” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, di sini.

Jelani berkata, keluargany­a juga terharu dan tidak menyangka dengan bantuan akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohd Sadique, hasrat Mariam menemui tiga anaknya dimakbulka­n.

“Malah dengan bantuan akhbar kumpulan NSTP juga usaha membawa pulang jenazah mak yang sememangny­a diinginkan keluarga dapat direalisas­ikan seterusnya dikebumika­n di sini... terima kasih semua yang membantu.

“Siapa sangka, 64 tahun terpisah ketika itu saya baru berusia 4 tahun, akhirnya dapat bersama dalam satu pertemuan menyedihka­n dan penuh bersejarah di studio rakaman Anak Mariam KBS di Seoul, Korea Selatan, pada 18 Julai 2007,” katanya.

Mariam disambut meriah

Sementara itu, isteri Jelani, Suria Anuwar, 62, juga tidak lupa kemeriahan di rumahnya ketika Mariam mula-mula pulang ke tanah air dan tiba di sini pada September 2007 yang disambut dengan paluan kompang serta kenduri.

“Memang meriah, sungguh ramai orang hadir... dengan khemah yang dipasang sepanjang jalan, seperti kenduri hari raya meriahnya,” katanya.

Ketika kunjungan BH di kediamanny­a semalam, Jelani dan Muhd Shafiq, turut membawa wartawan menziarahi kubur arwah Mariam.

Muhd Shafiq berkata: “Walaupun cuma sembilan hari, ia cukup buat saya berasa gembira dapat melihat dan berjumpa nenek.” Ketika itu beliau berusia 15 tahun.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae meninggal dunia kirakira jam 1.20 pagi waktu Korea Selatan (kira-kira jam 12.20 tengah malam waktu Malaysia) pada 6 September 2009 ketika tidur selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Kisah Mariam mendapat perha tian apabila akhbar terbitan kumpulan NSTP menyiarkan hasratnya mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, berkahwin dengan seorang jiran ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak. Namun, anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang Dunia Kedua, suami Mariam menyertai tentera, manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Hasratnya bertemu semula tiga anaknya, Ramlah, Jelani dan Jamnah, akhirnya termakbul apabila KBS membawa Ramlah, Jelani serta cucunya, Ahmad Onn dan menantu, Siti Zainab Noor, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama dan pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Jelani menunjukka­n gambar yang dirakam keluarga bersama ibunya, Mariam di Korea Selatan ketika ditemui di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Jelani menunjukka­n gambar yang dirakam keluarga bersama ibunya, Mariam di Korea Selatan ketika ditemui di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi.
 ??  ?? di Tanah Perkuburan Kampung
di Tanah Perkuburan Kampung
 ??  ??
 ??  ?? Keratan laporan BH pada 5 September 2007. Jelani bersama anaknya, Muhd Shafiq menziarahi kubur Mariam Makam, Kota Tinggi.
Keratan laporan BH pada 5 September 2007. Jelani bersama anaknya, Muhd Shafiq menziarahi kubur Mariam Makam, Kota Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia