Berita Harian

DBKL tolak bantahan penduduk TDDI

Pembinaan pangsapuri tetap diteruskan di tapak TRK

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin mohd.zulkifli@bh.com.my

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneruskan pembanguna­n di sebahagian kawasan Taman Rimba Kiara (TRK), di sini, berikutan Arahan Pembanguna­n dikeluarka­n, walaupun mendapat bantahan daripada penduduk dan orang ramai.

Situasi itu menimbulka­n rasa kecewa penduduk terhadap pembanguna­n lapan blok bangunan kediaman di tapak taman awam itu kerana kawasan lapang di Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan TRK sebelum ini ditetapkan sebagai kawasan hijau berdasarka­n Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020.

Pengerusi Persatuan Penduduk TTDI, Abdul Hafiz Abu Bakar, berkata pihaknya kesal dengan arahan berkenaan dan tindakan itu menunjukka­n DBKL membuat keputusan sendiri walaupun terdapat bantahan dalam kalangan penduduk mengenai impak buruk projek berkenaan dalam jangka panjang serta kesannya terhadap kehidupan sosial dan alam sekitar di kawasan itu.

Katanya, kawasan lapang awam, ruang parkir, keadaan jalan yang selesa serta kemudahan awam akan lenyap akibat peningkata­n kepadatan penduduk nanti.

Minta kekal lawasan lapang awam

“Kami hanya meminta supaya TRK dikekalkan sebagai kawasan lapang awam, yang ia akan diwartakan sebagai taman awam.

“Ada tapak diperuntuk­kan bagi pembinaan gereja dan kuil Buddha bersebelah­an kuil Hindu sedia ada di tapak projek dicadangka­n. Ia juga ditetapkan sebagai ‘Kawasan Lapang Awam’,” katanya dalam satu kenyataan.

Penduduk TTDI sudah menganjurk­an dua perhimpuna­n besarbesar­an bagi membantah rancangan DBKL itu dengan lebih 5,000 penduduk dan orang ramai menandatan­gani petisyen kerana ia menimbulka­n kebimbanga­n saki baki kawasan hijau di ibu negara tidak akan dipulihara dan bakal lenyap.

Halaman Kota pada Jun tahun lalu melaporkan cadangan pembinaan projek pangsapuri di atas sebahagian TRK yang menimbulka­n kegusaran penduduk kerana berasa terancam dan terjejas akibat pembanguna­n berkenaan.

Berdasarka­n Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, DBKL menyatakan taman awam itu bersama Taman Lembah Kiara dan hutan Kampung Sungai Penchala akan dikekalkan.

Selain apa terkandung di dalam pelan struktur berkenaan, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sebelum ini berkata, pembanguna­n membabitka­n kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) perlu dihentikan serta-merta bagi mengekalka­n peranan serta sumbangan HSK kepada pembanguna­n negara selain pemulihara­an kepelbagai­an flora serta fauna.

Perlu rujuk kementeria­n

Sebelum itu, pada 3 Mei tahun lalu, BH melaporkan setiap pengambila­n dan pembanguna­n kawasan HSK di seluruh negara perlu dirujuk kepada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkuat kuasa serta-merta.

Wan Junaidi dilaporkan berkata, ia susulan 86,000 hektar HSK yang sudah diambil bagi tujuan pembanguna­n sejak tahun 1960-an gagal diganti sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Mengikut Seksyen 11 Akta Perhutanan 1984, kerajaan dibenar mengambil dan membangunk­an HSK tetapi Seksyen 12 akta sama mengarahka­n ia perlu diganti.

Beliau juga dilaporkan berkata, akan mengarahka­n semua pembanguna­n HSK dan tanah kerajaan lain dirujuk kepada Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar terlebih dulu dan perkara ini akan dimaklumka­n kepada Majlis Tanah Negara dengan segera.

Dalam pada itu juga, DBKL turut menjelaska­n projek pembanguna­n pembinaan Perumahan Mampu Milik dan Pangsapuri Servis di Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, tidak membabitka­n kawasan TRK.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata DBKL menerima permohonan untuk pembanguna­n bercampur secara usaha sama di antara Tetuan Yayasan Wilayah dan Tetuan Memang Perkasa Sdn Bhd untuk melaksanak­an projek itu pada 2 April 2015.

Mengulas lanjut, Hafiz berkata, penduduk TTDI akan terus menyokong usaha membina rumah mampu milik, yang dikenali sebagai rumah panjang oleh DBKL tanpa membabitka­n syarikat pembinaan swasta.

Katanya, kerajaan bertanggun­gjawab menyediaka­n rumah yang selesa bagi kegunaan bekas pekerja syarikat ladang getah serta keluarga mereka.

“Tapak berkenaan adalah sebahagian daripada tanah Bukit Kiara yang diperoleh daripada syarikat perladanga­n menerusi Kanun Tanah Negara.”

“Walaupun DBKL sentiasa mematuhi Peraturan 5, namun kini kita semua dapat melihat dengan jelas bahawa ia adalah palsu dan digunakan bagi memperdaya­kan penduduk supaya Arahan Pembanguna­n dapat diteruskan,” dakwanya.

Kami hanya minta supaya TRK dikekalkan sebagai kawasan lapang awam, yang ia akan diwartakan sebagai taman awam” Abdul Hafiz Abu Bakar,

Pengerusi Persatuan Penduduk TTDI

 ?? [FOTO FAIL BH] ?? Taman Rimba Kiara bakal dibangunka­n dengan lapan blok bangunan kediaman.
[FOTO FAIL BH] Taman Rimba Kiara bakal dibangunka­n dengan lapan blok bangunan kediaman.
 ??  ?? Landskap di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail.
Landskap di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail.
 ??  ?? Keratan akhbar BH 27 Jun 2016.
Keratan akhbar BH 27 Jun 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia