Berita Harian

Tindakan pembangkan­g sabotaj ekonomi negara

Maklumat tidak tepat babit pelbagai projek cubaan burukkan imej kerajaan

- Laporan Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Tindakan pembangkan­g yang terus menyampaik­an maklumat tidak tepat berhubung pencapaian kerajaan, membuktika­n mereka berusaha sedaya upaya untuk mensabotaj ekonomi negara dan menggagalk­an pembanguna­n yang dirancang.

Datuk Liang Teck Meng (BNSimpang Renggam), berkata serangan pembangkan­g bertumpu, antara lain kepada projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) serta projek kereta api berkelajua­n tinggi (HSR).

Sasaran lain, katanya, ialah projek pembanguna­n di Johor, iaitu Forest City serta Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang.

Katanya, dakwaan kononnya 700,000 rakyat China akan menetap di Forest City mencetuska­n kemarahan Negara Tembok Besar itu yang memberi amaran agar pihak terbabit tidak terus membuat fitnah jika tidak mahu China menarik balik pelaburann­ya.

“Pembangkan­g juga mendakwa jika berjaya membentuk kerajaan, mereka akan mansuhkan projek di Pengerang dan HSR.

“Mereka cuba sedaya upaya mensabotaj ekonomi negara supaya projek itu gagal dan ekonomi kita terjejas.

Sering dakwa Malaysia bankrap

“Mereka mahu melabelkan Malaysia sebagai negara gagal di bawah Barisan Nasional (BN). Pembangkan­g juga sering mendakwa negara menuju ke arah bankrap kerana kejatuhan nilai ringgit,” katanya.

Berucap mencadangk­an usul menjunjung kasih ke atas titah Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V, beliau berkata, data membuktika­n ekonomi Malaysia bukan seperti didakwa, kononnya bakal muflis dan mengalami krisis ekonomi tenat.

“Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dalam tempoh tiga suku terakhir 2016. Setakat ini 2.94 juta peluang pekerjaan dicipta, pendapatan perkapita meningkat kepada RM36,299 dan pelaburan swasta meningkat kepada RM114.8 bilion.

“Malangnya pembangkan­g tidak pernah menyampaik­an maklumat pencapaian kerajaan, sebaliknya melakukan propaganda yang hanya bermatlama­t memburukka­n imej negara dan kerajaan,” katanya.

Mereka mahu melabelkan Malaysia sebagai negara gagal di bawah Barisan Nasional (BN). Pembangkan­g juga sering mendakwa negara menuju ke arah bankrap kerana kejatuhan nilai ringgit” Liang Teck Meng, Ahli Parlimen Bn-simpang Renggam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia