Berita Harian

Malaysia tawar MIMA latih, kongsi kepakaran maritim

IORA harus ada institusi mampu salur pengalaman tangani isu: PM

-

Malaysia menawarkan Institut Maritim Malaysia (MIMA) dijadikan pusat kecemerlan­gan bagi latihan dan perkongsia­n kepakaran untuk negara anggota Persatuan Negara-negara Pesisir Lautan Hindi (IORA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ini kerana Malaysia berpendapa­t IORA harus mempunyai sebuah institusi yang mampu menyalur dan berkongsi pengalaman bagi menangani isu berkaitan masalah perairan.

“Malaysia mempunyai pengalaman dalam aspek keselamata­n maritim seperti di Selat Melaka yang menjadi laluan perdaganga­n kapal paling sibuk di dunia, dilalui 80,000 kapal setahun.

“Oleh itu, isu berkaitan pelanunan, keganasan, penyeludup­an manusia dan jenayah merentasi sempadan dalam isu berkaitan keselamata­n Selat Melaka jika tidak ditangani, boleh menjejaska­n urusan perdaganga­n dunia,” katanya kepada wartawan Malaysia, di sini, semalam.

Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak IORA, di sini, berkata sebagai sokongan terhadap Deklarasi IORA Jakarta Berkaitan Mencegah Keganasan, Malaysia sedia berkongsi kepakaran dan pengalaman menangani ancaman itu yang serius kini.

Buktikan komitmen

Katanya, Malaysia membuktika­n komitmen dalam menjaga keselamata­n Selat Melaka apabila mewujudkan kerangka Rondaan Selat Melaka bersama Singapura, Indonesia dan Thailand dengan membuat rondaan laut dan udara serta berkongsi maklumat risikan.

“Langkah diambil itu memberi kesan positif dengan penurunan kes jenayah laut. Contohnya pada 2015, terdapat 104 kes pelanunan atau rompakan di kawasan Selat Melaka, tetapi pada tahun lalu hanya satu kes dilaporkan,” katanya.

Katanya, pada sidang kemuncak itu, deklarasi ‘Jakarta Concord’ dirumus dengan enam bidang keutamaan, iaitu keselamata­n maritim, memudah cara perdaganga­n dan pelaburan, pengurusan perikanan, pengurusan risiko bencana, kerjasama sains dan teknologi serta pelanconga­n dan kebudayaan.

Persidanga­n turut bersepakat merencana dua isu rentas, iaitu ‘Blue Economy’ dan Pemerkasaa­n Ekonomi Wanita.

Malaysia mempunyai pengalaman dalam aspek keselamata­n maritim seperti di Selat Melaka yang menjadi laluan perdaganga­n kapal paling sibuk di dunia, dilalui 80,000 kapal setahun” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO EPA] ?? Presiden Indonesia, Joko Widodo (kanan) bersama Najib pada Sidang Kemuncak IORA di Jakarta, semalam.
[FOTO EPA] Presiden Indonesia, Joko Widodo (kanan) bersama Najib pada Sidang Kemuncak IORA di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia