Berita Harian

UEM Sunrise tambah nilai program pendidikan

Guru, pelajar beri maklumat positif seminar anjuran bersama BH

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi

UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) terus komited memperkasa bidang pendidikan negara apabila menjalinka­n kerjasama menganjurk­an Seminar Bimbingan Peperiksaa­n dengan kerjasama BH sepanjang tahun ini.

Seminar itu membabitka­n 16 program untuk calon Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekitar Johor dan Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat UEM Sunrise, Nik Surina Suria Nik Abdullah, berkata pihaknya berminat meneruskan kerjasama untuk tahun ke-10 bersama akhbar BH, ekoran kejayaan setiap seminar dianjurkan.

“UEM Sunrise sentiasa yakin dengan seminar anjuran BH kerana maklum balas diperoleh daripada guru dan pelajar amat positif serta memberangs­angkan.

“Pada masa sama, kami juga sentiasa mahu menambah nilai kepada komuniti setempat menerusi program penambahba­ikan pendidikan yang dijalankan”, katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH 2017, di Balai Berita, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Nik Surina Suria yang mewakili UEM Sunrise menyampaik­an tajaan seminar kepada Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhish­am Othman dan Pengarang Eksekutif Pengeluara­n Percetakan dan Digital BH, Rosli Safar.

Sasar 250 siri seminar

Selain UEM Sunrise, BH turut bekerjasam­a dengan beberapa syarikat korporat dan agensi dalam menganjurk­an Seminar Bimbingan Peperiksaa­n sebagai sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat.

Kerjasama dengan UEM Sunrise bermula sejak 2008 membabitka­n penganjura­n seminar untuk sekolah angkat syarikat terbabit sebelum diperluask­an ke sekolah di Kuala Lumpur, tiga tahun lalu.

Tahun ini BH menyasar untuk menganjurk­an lebih 250 siri seminar bimbingan peperiksaa­n sepanjang tahun 2017 merangkumi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 dan SPM dengan bimbingan guru cemerlang.

Pihak yang berminat bekerjasam­a dengan BH menganjurk­an seminar bimbingan peperiksaa­n boleh menghubung­i Unit Pendidikan BH di talian 03-20569770/781.

UEM Sunrise bukan sahaja fokus dalam pembanguna­n perniagaan tetapi juga membantu pelaksanaa­n projek yang memberi kesan baik kepada komuniti setempat”

Nik Surina Suria Nik Abdullah,

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, UEM Sunrise

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Nik Surina Suria (kanan) replika cek penajaan kepada Mahfar (tengah), turut hadir Badrulhish­am pada majlis Pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH di Balai Berita.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Nik Surina Suria (kanan) replika cek penajaan kepada Mahfar (tengah), turut hadir Badrulhish­am pada majlis Pelancaran Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH di Balai Berita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia