Berita Harian

Kem motivasi mampu bina sahsiah murid

-

Kuala Selangor: Pengurusan sekolah diminta memperbany­akkan kem motivasi bagi membina semangat murid untuk belajar, seterusnya menerapkan nilai murni dalam diri mereka.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata murid perlu diberikan motivasi dan disuntik dengan semangat supaya emosi, rohani dan jasmani mereka seimbang.

Beliau berkata, murid masih boleh dibentuk jika semua pihak memberikan perhatian dan pemantauan secukupnya kepada mereka.

“Ada baiknya ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan sikap anak dan sekiranya ibu bapa sudah mengenal pasti sikap yang negatif dalam diri anak-anak, tidak salah jika ibu bapa menghantar anak untuk bertemu kaunselor.

“Kaunselor mempunyai kepakaran dalam mendekati remaja,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Guru Besar SK Seri Pristana, Zazaluma Harun; Yang Dipertua PIBG, Rosli Abdullah; Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Islam) Kuala Selangor, Zakiah Ismail dan Pengerusi Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk Zon 12, Saujana Utama 1, Seri Pristana dan Seri Alam, Abd Hamid Salihan.

Khidmat kaunseling

Irmohizam berkata, dalam melahirkan murid mempunyai akhlak baik, PIBG serta pihak sekolah perlu memainkan peranan lebih aktif untuk membantu mereka yang mengalami perubahan sikap dengan memberikan khidmat kaunseling dengan segera.

Katanya, kerajaan sedar guru tidak mempunyai kuasa untuk mengawal murid di luar waktu persekolah­an, tetapi sesi kaunseling dan pemantauan yang berterusan daripada guru mampu menjadi penggerak kepada usaha untuk membentuk sikap pelajar yang positif.

“Memang benar bagai dikata, guru bertanggun­gjawab dalam mendidik anak bangsa. Namun, pada masa sama, kita harus ingat bahawa asuhan itu bermula dari rumah.

“Baru-baru ini, Agensi Antidadah Kebangsaan melaporkan penyalahgu­naan dadah dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan 343,000 kanakkanak tidak sah taraf dicatatkan tahun lalu. Ini contoh keruntuhan sosial masyarakat hari ini yang amat mendukacit­akan,” katanya.

 ??  ?? Irmohizam tiba di SK Seri Pristana untuk merasmikan Mesyuarat PIBG SK Seri Pristana, semalam.
Irmohizam tiba di SK Seri Pristana untuk merasmikan Mesyuarat PIBG SK Seri Pristana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia