Berita Harian

Guna peranti elak GST diseleweng

Kastam perkenal kaedah baharu bulan ini

- Oleh Suzalina Halid

Premis yang dikesan mengelak Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) akan dipantau melalui pemasangan 'dongle' atau peranti kecil mulai pertengaha­n bulan ini.

Inisiatif itu diambil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan tumpuan utama diberikan kepada sektor peruncitan yang dilihat cenderung kurang patuh dalam aspek pembayaran GST, walaupun layak berbuat demikian berdasarka­n keuntungan diisytihar­kan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perkastama­n dan GST), Datuk Zulkifli Yahya, berkata berdasarka­n projek perintis itu 5,000 peranti khusus akan dipasang pada mesin daftar tunai di premis berkenaan secara berperingk­at dengan sasaran utama di sekitar Lembah Klang.

“Peranti yang kita pasang pada mesin daftar tunai ini akan mengesan rekod transaksi jualan harian, termasuk jumlah GST... semua data itu kemudian dihantar terus melalui sistem komputer ke Ibu Pejabat JKDM.

Tingkat pemantauan

“Inisiatif ini adalah sebahagian usaha JKDM untuk meningkatk­an kadar pungutan GST, selain meningkatk­an kadar pematuhan mana-mana syarikat atau industri yang selama ini cuba lari daripada membayar cukai itu,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Operasi Strategi Lautan Biru Kastam (Ops CBOS 3.0) 2017 di pejabat JKDM Kedah di sini, semalam.

Mengulas inisiatif berkenaan, katanya projek itu akan dilaksanak­an untuk tempoh tiga bulan di 5,000 premis yang dikenal pasti di Lembah Klang, sebelum cadangan perluasan pelaksanaa­n dikemukaka­n.

“Untuk projek ini, kita akan pantau keberkesan­an pelaksanaa­nnya sepanjang tempoh tiga bulan bermula pemasangan pada pertengaha­n Februari ini .... hasil yang diterima itu akan dijadikan sandaran untuk kita cadangkan kepada kerajaan bagi mengekalka­n sistem ini yang dipercayai berupaya membantu pihak kita mengesan pungutan sebenar GST.

“Sehingga kini projek ini di peringkat cadangan daripada JKDM sendiri dan apabila projek perintis ini berjaya, kita akan utarakan kepada kerajaan bagi pemasangan secara kekal,” katanya.

Ditanya mengenai Ops CBOS 3.0 pula, Zulkifli berkata JKDM meletakkan sasaran mengutip tambahan GST lebih RM3 bilion tahun ini dengan menumpukan operasi terhadap 200,000 peniaga berdaftar yang dikenal pasti di seluruh negara.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Zulkifli (dua dari kanan) ketika melancarka­n Ops CBOS 3.0 di Laman Setia, Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kedah, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Zulkifli (dua dari kanan) ketika melancarka­n Ops CBOS 3.0 di Laman Setia, Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kedah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia