Berita Harian

RPCK mahu bincang cari lokasi baharu di ibu kota

-

Kuala Lumpur: Sukarelawa­n Rumah Pusaka Chow Kit (RPCK) berharap rumah pusaka di Jalan Chow Kit yang dibina waris pengasas Kuala Lumpur, Sutan Puasa, dibina semula oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jurucakap RPCK, James Chong, berkata pihaknya berharap untuk bertemu dengan JWN dan DBKL dalam waktu terdekat ini.

Beliau berkata, setakat ini RPCK masih belum dihubungi mana-mana pihak secara langsung dan disebabkan itu, RPCK akan memulakan usaha menghubung­i mereka yang berkaitan minggu ini.

“Kami berharap, melalui pertemuan dengan JWN dan DBKL, dapat dilakukan usaha bagi mengenal pasti lokasi bersesuaia­n di ibu kota bagi membolehka­n rumah pusaka itu dibina semula.

“Setakat ini tiada pihak yang menghubung­i saya secara langsung bagaimanap­un kami sudah berhubung dengan Persatuan Arkitek Malaysia dan pakar pemulihara­an bangunan warisan mengenai apa yang boleh dilakukan berkaitan isu itu.

“Saya juga akan cuba menghubung­i Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, selepas ini,” katanya kepada BH, di sini.

Komponen rumah diceraikan

RPCK, yang tidak mahu kediaman yang mempunyai nilai sejarah itu hilang begitu sahaja bertindak menceraika­n komponen rumah itu satu persatu selepas berjaya memujuk pemilik barunya yang berhasrat mendirikan bangunan komersial di tapak berkenaan.

RPCK turut mengeluark­an wang sendiri untuk menyewa tapak bagi membolehka­n kayu-kayan yang dibuka daripada rumah itu serta barangan di dalamnya, disimpan dengan baik.

Sementara itu, usaha BH untuk mendapatka­n maklum balas mengenai isu ini daripada Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan timbalanny­a, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, gagal.

Sementara, Pejabat Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Ab Ghaffar A Tambi pula berkata, pihaknya tidak mendapat apa-apa arahan daripada pejabat Menteri untuk mengulas isu berkenaan.

Setakat ini RPCK masih belum dihubungi mana-mana pihak secara langsung”

James Chong,

Jurucakap RPCK

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia