Berita Harian

JWN nafi tuduhan Rais lari daripada tanggungja­wab

Rumah tiada dalam agenda jabatan untuk dibaik pulih

- Oleh Hafizah Iszahanid

Jabatan Warisan Negara (JWN) nafi melarikan diri daripada tanggungja­wab dalam isu berhubung rumah pusaka Chow Kit seperti yang didakwa Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Timbalan Ketua Pengarahny­a, Datuk Mod Zaky Din, sebaliknya berkata sehingga kini banyak bangunan persendiri­an yang sudah dipulihara, dibina semula dan diisytihar­kan sebagai warisan negara.

“Dalam kes rumah pusaka Chow Kit, rumah itu dikaitkan dengan pengasas Kuala Lumpur, Sutan Puasa tetapi rumah itu bukan dibina oleh Sutan Puasa pun tetapi warisnya sahaja.

“Seni binanya juga sangat biasa, iaitu seni bina rumah potong yang banyak ditemui di Perak,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Rais yang mendakwa JWN hanya mahu lari daripada tanggungja­wab berhubung isu kegagalan mengisytih­arkan rumah berkenaan sebagai warisan kebangsaan.

Bayar kepada pewaris

Mod Zaky bagaimanap­un mengakui JWN ada membuat bayaran kepada waris rumah berkenaan seperti yang didakwa Rais, tetapi ia dalam bentuk bayaran sekali gus bagi kerja pembersiha­n laman rumah.

“Ya! Seharusnya ada usaha untuk meneruskan apa yang dilakukan terhadap rumah itu tetapi sejak saya masuk ke JWN pada 2015, rumah itu tiada dalam agenda jabatan,” katanya.

Dalam laporan BH semalam, Rais membidas kenyataan JWN yang mendakwa rumah pusaka Chow Kit tidak boleh diiktiraf sebagai warisan kebangsaan kerana tidak memenuhi sembilan kriteria yang digariskan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Rais menyifatka­n sembilan kriteria itu tidak semestinya dipenuhi kerana ia turut menyebut mengenai budi bicara pesuruhjay­a warisan.

Rumah pusaka di Jalan Chow Kit yang dikaitkan dengan waris Sutan Puasa berusia 87 tahun ketika ia diruntuhka­n berikutan tapak asalnya dijual pada 2013.

Bagaimanap­un kayu kayan daripada rumah berkenaan disimpan dengan baik oleh sekumpulan sukarelawa­n, Rumah Pusaka Chow Kit (RPCK) yang masih gagal mencari dana bagi membolehka­n ia didirikan semula.

Anjur pertemuan

Mod Zaky berkata, JWN terbuka dalam isu ini dan bercadang untuk menganjurk­an pertemuan dengan pihak berkaitan, sukarelawa­n RPCK dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Fokus kami sekarang adalah usaha hendak membina semula rumah itu, mencari dana dan tapak yang bersesuaia­n jika berkenaan.

“Jadi kami juga akan jemput wakil universiti awam untuk ambil bahagian tetapi yang penting usaha untuk mengkaji semula dan mendapatka­n pandangan semua pihak sebab rumah itu mungkin ada potensi dalam pendidikan berdasarka­n kedudukann­ya sebagai sebuah rumah Melayu di ibu kota,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ??
[FOTO IHSAN PEMBACA]
 ??  ?? Rumah Pusaka Chow Kit yang dibina oleh waris Sutan Puasa, manakala (gambar kanan) menunjukka­n rumah pusaka berkenaan diroboh pada 2013.
Rumah Pusaka Chow Kit yang dibina oleh waris Sutan Puasa, manakala (gambar kanan) menunjukka­n rumah pusaka berkenaan diroboh pada 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia