Berita Harian

Bantu pelarian Rohingya bukan kerja mudah

Mercy Malaysia terpaksa tempuh pelbagai cabaran

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Menempuh lebih dua setengah jam perjalanan menaiki bot laju dari Sittwe, antara cabaran dilalui sukarelawa­n Mercy Malaysia untuk menyampaik­an bantuan kepada pelarian etnik Rohingya yang terjejas di Maungdaw, Rakhine, Myanmar, sejak Januari lalu.

Setiba di wilayah konflik Maungdaw, sukarelawa­n yang diketuai Pengarah Pembanguna­n Program Strategik Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah, perlu mematuhi arahan dan garis panduan ditetapkan pihak berkuasa tempatan sebelum bantuan disampaika­n kepada kelompok terjejas.

Menjadi satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia yang berdaftar dengan Kerajaan Myanmar sejak 2012, Mercy Malaysia diberi kepercayaa­n beroperasi di Maungdaw bersamasam­a agensi antarabang­sa seperti UNHCR dan MSF selepas insiden Oktober 2016.

“Kita diberi kebenaran masuk Maungdaw sejak Januari lagi tetapi terhad kepada kakitangan tempatan. Kemudian sukarelawa­n kita dari Malaysia dibenarkan masuk ke Maungdaw, pada 15 Februari lalu.

Sampaikan bantuan

“Kita berjaya sampaikan bantuan kepada 1,200 keluarga di empat kampung terjejas di Maungdaw,” kata Norazam merujuk kepada bantuan trapulin (kanvas khemah) dan kit kebersihan yang disalurkan kepada pelarian Rohingya di Nga Sar Kyeuk, Kyet Yoe Pin, Dah Gyi Zar dan Ngar Khu Ya.

Semua kampung itu terjejas dalam insiden pasca 9 Oktober tahun lalu yang mana tentera Myanmar dilaporkan melakukan operasi pembersiha­n yang didakwa membabitka­n penindasan ke atas hak asasi etnik Rohingya di utara Rakhine itu.

Media antarabang­sa melaporkan tentera melakukan jenayah kemanusiaa­n ke atas etnik Rohingya yang tidak diiktiraf di Myanmar walaupun kelompok itu dikatakan mendiami Rakhine yang terletak bersempada­n Bangladesh, sejak sekian lama.

Kerajaan Myanmar menafikan melakukan jenayah kemanusiaa­n ke atas kelompok Rohingya dan menghentik­an operasinya pada pertengaha­n Februari lalu selepas insiden di Maungdaw itu mendapat kecaman masyarakat antarabang­sa.

Lebih 65,000 pelarian Rohingya dilaporkan melarikan diri ke Bangladesh khususnya ke Teknaf berikutan insiden di utara Rakhine dengan laporan terkini media menyatakan sebahagian pelarian mula kembali ke Myanmar selepas operasi tentera ditamatkan.

NGO bertapak di Myanmar

Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, berkata pihaknya bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyalurka­n bantuan kepada kelompok terjejas di Rakhine, termasuk etnik Rohingya.

“Kami sebenarnya mempunyai tapak yang kukuh di Myanmar sejak Taufan Nargis pada 2008. Kami juga beroperasi di Sittwe sejak 2012 dan menjadi NGO berdaftar di Rakhine,” katanya.

Setakat ini, Mercy Malaysia menyumbang lebih RM10 juta untuk menjalanka­n projek kemanusiaa­n di Sittwe, termasuk mengendali­kan 10 klinik statik dan klinik lapangan di kem-kem pelarian di Myanmar.

 ?? [FOTO IHSAN MERCY MALAYSIA ?? Mercy Malaysia turut membuka klinik statik dan klinik bergerak di kem pelarian Rohingya di Sittwe, Rakhine, Myanmar sejak 2012.
[FOTO IHSAN MERCY MALAYSIA Mercy Malaysia turut membuka klinik statik dan klinik bergerak di kem pelarian Rohingya di Sittwe, Rakhine, Myanmar sejak 2012.
 ??  ?? Sebanyak 1,200 keluarga menerima bantuan di empat kampung terjejas di Maungdaw.
Sebanyak 1,200 keluarga menerima bantuan di empat kampung terjejas di Maungdaw.
 ??  ?? Pelarian Rohingya menerima rawatan di klinik kelolaan Mercy Malaysia.
Pelarian Rohingya menerima rawatan di klinik kelolaan Mercy Malaysia.
 ??  ??
 ??  ?? Program agihan bantuan Mercy Malaysia di Maungdaw, Rakhine, Myanmar.
Program agihan bantuan Mercy Malaysia di Maungdaw, Rakhine, Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia