Berita Harian

Pembangkan­g diminta tidak politikkan kes culik paderi

Tuduhan polis tak ambil tindakan dikhuatiri jejas siasatan

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir, Nor Azizah Mokhtar dan Fatin Fazlina Yaakob

Ahli politik pakatan pembangkan­g diminta berhenti mempolitik­kan kejadian penculikan paderi Raymond Koh Keng Joo di Petaling Jaya, Selangor, pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan ahli politik terbabit hanya akan mengganggu keseluruha­n siasatan, selain berkemungk­inan menyulitka­n lagi keadaan.

“Mereka (ahli politik pakatan pembangkan­g) perlu berhenti membuat spekulasi dalam kes ini. Biar polis jalankan siasatan dahulu.

“Lebih menghairan­kan, bagaimana ahli politik terbabit boleh menyuaraka­n hasrat mewakili dalam rundingan kes ini, sedangkan tiada sebarang maklum balas diterima daripada penculik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Penguatkua­saan Dadah Antarabang­sa (IDEC) - Rantau Timur di sini, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan kesediaan untuk berunding dengan penculik membebaska­n Raymond, jika kes terbabit berkaitan dengan isu agama.

Fahami kesedihan keluarga mangsa

Terdahulu, Khalid ketika berucap merasmikan IDEC - Rantau Timur berkata, statistik eksekutif Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mencatatka­n sebanyak 182,955 laporan membabitka­n kes dadah tahun lalu.

“Jumlah keseluruha­n individu ditahan di Malaysia sepanjang tahun lalu adalah seramai 200,706 dengan 84,149 daripadany­a warga asing, selain turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 49824.75 kilogram,” katanya.

Di Kuala Lumpur, Khalid dalam kenyataann­ya kepada media, berkata spekulasi dan tuduhan polis tidak mengambil tindakan sewajarnya hanya akan mengeruhka­n keadaan dan menjejaska­n siasatan.

“Kita memahami kesedihan dan kesusahan keluarga mangsa, dan kami menghargai kebimbanga­n orang ramai, bagaimanap­un harus difahami bahawa kes culik membabitka­n risiko yang tinggi terhadap nyawa mangsa,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis perlu mengambil tindakan berhati-hati dalam menjalanka­n siasatan membabitka­n kes culik, kerana ia adalah kes yang rumit dan mempunyai potensi serius kepada nyawa mangsa.

Raymond, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari lalu.

Polis masih meneruskan siasatan dan ahli keluargany­a turut menawarkan habuan RM100,000 untuk mendapatka­n maklumat di mana mangsa berada.

Difahamkan, sehingga kini keluargany­a tidak menerima sebarang tuntutan untuk membayar wang tebusan dan ada pihak mendakwa penculikan­nya bermotifka­n kebencian agama.

Lebih menghairan­kan, bagaimana ahli politik terbabit boleh menyuaraka­n hasrat mewakili dalam rundingan kes ini, sedangkan tiada sebarang maklum balas diterima daripada penculik”

Khalid Abu Bakar,

Ketua Polis Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia