Berita Harian

Zambry mahu 1,200 hektar sawah masuk IADA

-

Parit: Kerajaan Perak mahu kawasan sawah seluas kira-kira 1,200 hektar sekitar Parlimen Parit, dimasukkan ke dalam Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata langkah itu perlu kerana kawasan padi sekitar Parlimen Parit luas tetapi hasil pengeluara­nnya rendah iaitu hanya 2.6 tan bagi setiap 0.4 hektar, berbanding sasaran nasional sebanyak tujuh tan sehektar.

Tak termasuk IADA

“Kita ada 3,000 ekar (1,200 hektar) tetapi kawasan bendang di Parit, tidak termasuk dalam IADA seperti Sungai Manik, Kerian dan Seberang Perak, walaupun sebenarnya ia boleh disambung kerana terletak tidak jauh. Malangnya ia tidak dimasukkan,” katanya.

Beliau memberitah­u demikian selepas menyertai Sukan Bendang di Kampung Senin LayangLaya­ng Kanan yang diadakan sempena Pemukiman Menteri Besar di sini, yang bermula semalam.

Yang turut hadir, ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pendidikan Islam dan Pembanguna­n Sahsiah negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Tunggu maklum balas MOA

Zambry berkata, permohonan bagi memasukkan kawasan sawah padi di Parit ke dalam IADA sudahpun dikemukaka­n oleh kerajaan negeri dan kini menunggu maklum balas Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi memastikan masalah pesawah yang tidak memperoleh hasil memberangs­angkan itu dapat diatasi.

“Saya juga mohon supaya MOA dan jabatan berkaitan supaya dapat masukkan kawasan ini dalam jadual mengikut peruntukan IADA,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry turut meluahkan rasa gembira kerana dapat bersama masyarakat setempat di Kampung Senin Layang-layang Kanan sambil memeriahka­n Sukan Bendang yang diadakan sempena Pemukiman Menteri Besar kali ini.

“Hari pertama (pemukiman) ceria dan meriah. Saya juga sudah melawat beberapa tempat, Exco juga turun dan Insya-allah kami akan lengkapkan keseluruha­n 105 program dalam tempoh lima hari sepanjang pemukiman berlangsun­g,” katanya.

Terdahulu, beliau turut bersama rakyat memeriahka­n acara menangkap ikan keli dan menyertai acara bola sepak dalam bendang.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] ?? Zambry (kanan) berjaya menangkap ikan keli dan memberikan kepada kanak-kanak di Bendang Senin, sempena hari pertama program Sukan Bendang sempena Permukiman Perak Tengah Bersama Menteri Besar Perak, di Parit semalam.
[FOTO MUHAIZAN YAHYA/BH] Zambry (kanan) berjaya menangkap ikan keli dan memberikan kepada kanak-kanak di Bendang Senin, sempena hari pertama program Sukan Bendang sempena Permukiman Perak Tengah Bersama Menteri Besar Perak, di Parit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia