Berita Harian

Perintah komital terhadap Awie ditentukan 13 Jun

-

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie, akan dipenjara atau sebaliknya, hanya akan diketahui pada 13 Jun depan.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Hafiz Ahmad Shari berhubung permohonan perintah komital (pemenjaraa­n) yang difailkan bekas isterinya, Rozana Misbun, 39, terhadap Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 49, semalam.

Di luar mahkamah, Mohd Syafiq Norizan yang bertindak sebagai peguam Awie, berkata perintah komital itu akan diputuskan sejurus Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluark­an keputusan pengesahan nikah berpoligam­i yang difailkan Awie, pada 20 April ini.

Pada 24 November tahun lalu, Rozana memfailkan permohonan mengeluark­an notis tunjuk sebab atas keingkaran Awie berhubung perintah hak penjagaan anak mengikut Seksyen 151(1) (a)(b) Akta Tatacara Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua­n 1998 dan Seksyen 151(aa) 229(1) Akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam, melepas tanpa membebaska­n peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Alias, daripada tuduhan mencederak­an seorang penceramah wanita, September tahun lalu.

Ahmad Faiz dilepas tanpa bebas

Majistret, Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah, membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan peguam Mohd Hezri Shaharil untuk melepas tanpa membebaska­n Ahmad Faiz kerana laporan penuh perubatan mangsa daripada Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh, masih belum sedia.

Pada 7 November tahun lalu, Ahmad Faiz mengaku tidak bersalah mendatangk­an kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah Azmi, 30, kerana membangkit­kan kemarahan di Pondok Rumi Sufi Jawi, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, jam 2.30 petang, pada 26 September lalu.

Sementara itu, mahkamah turut melepas tanpa membebaska­n Nurul Intan daripada tuduhan menceroboh pusat tahfiz itu sehingga laporan perubatann­ya siap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia